Responsive Ad Slot

Slider

Brunch Di LaPaROTI, Port Makan Tepi Sungai

Brunch Di LaPaROTI port kedai makan viral menarik tepi sungai di Seremban, mi kari dan nasi lemak ayam goreng sedap

Balik dari hiking Bukit Senaling, singgah brunch (breakfast + lunch) di LaPaROTI sebab macam teringin nak makan mi karinya yang sedap tu. Pagi tadi hanya breakfast coklat bar je. Alang-alang dah waktu lunch, kita lunch sekali lah.

Ini kali kedua kami datang singgah makan di sini. Pertama kali datang sini selepas hiking Bukit Kepayang. Eh eh dah macam port wajib singgah selepas hiking pula kan. 

Mulanya nak tapau je. Tapi bila sampai jam 12:00 lebih tengahari macam tu, tengok hanya ada 2-3 orang pelanggan je. Saya pun ajaklah encik suami makan di sini je.

Brunch Di LaPaROTI

Terus buat pesanan di kaunter pesanan. Buat pesanan dan bayar sekali.

Brunch Di LaPaROTI

Masa encik suami di kaunter, kita sibuk lah ambil gambar sementara tak ada orang lain. Sebelum ni datang, ada orang tak dapat nak ambil gambar sangat.

Brunch Di LaPaROTI

Masih suka dengan suasana di sini. Duduk makan tepi sungai yang mendamaikan. 

Brunch Di LaPaROTI

Perasan macam meja dan kerusi baru diletakkan di tebing sungai. Sebelum ni kerusi healing tu. Yang baru ni macam lebih kukuh. 

Brunch Di LaPaROTI

Tak lama kemudian, pesanan kami pun sampai. Saya pesan teh o suam kurang manis. Bila sampai masih berasap lagi. Tak dapatlah nak terus hirup air. Biarkan sejuk sikit barulah dapat minum. Sedap teh O nya kurang manis, macam tak letak gula lansung pun ada. Okaylah menepati kurang manisnya tu.

Teh O nya ada rasa kelat kelat sikit macam Teh O klasik gitu.

Brunch Di LaPaROTI

Encik suami pesan air teh O ais limau. Humangaiii masam bonar! Kurang manis juga. Tapi saya suka rasa macam ni. Biar masam sikit dari manis sangat. 

Brunch Di LaPaROTI

Seperti yang di idamkan, saya pesan mi kari biasa. Ada mi kari special, tambahan ayam goreng kalau tak silaplah. Mi kari biasa pun dah sedap dan cukup tempting dah. Lengkap mi karinya. Ini yang saya suka. 

Kadang kalau order mi kari tempat laiun tak ada taugeh, rasa tak best pula. Pencinta taugeh je faham perasaan tu. 

Brunch Di LaPaROTI

Encik suami pilih nasi lemak ape entah namanya. Macam special sebab ada ayam goreng. Nasi lemak pun lengkap, semuanya ado! Cuma sambalnya saya kurang gemar sikit. Yang lain-lain OK.

Brunch Di LaPaROTI

Selepas habis licin pinggan mangkuk. Sedap dan lapar pun ye. Kami pun balik. Kereta kami park di tempat yang disediakan sebelah kiri. Parkir luas. Semasa menuju ke parkir kereta, perasan juga ada kerusi baru di sini.

Kerusi IKEA, port healing best tepi sungai di sini.

Brunch Di LaPaROTI

Selain tu, ada juga tempat permainan untuk kanak-kanak. Macam teringin nak duduk di buaian ni tapi macam risau pula kang tiba-tiba patah dahan tu. Naya pak karimmmm...

Brunch Di LaPaROTI

Kita dah lah berat. Baik lupakan je hasrat tu. Jomlah kita balik. Badan pun dah penat. Ambil gambar je lah boleh.

12
( Hide )
  1. sini la yang x dapat2 pergi lagi, masa arwah Mak Pah ada pun x sempat akak bawak makan kat sini...lepas raya nanti la nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas raya nanti boleh bawa Pak Zain dan yang lain kak. Best duduk makan sini. Makanan pun sedap. Mi kari pada saya tu sedap lah.

      Delete
  2. lawa juga port ni, petang ptg cun dah ni melepak

    ReplyDelete
  3. Healing betul dapat lepak tepi sungai macam ni sambil makan/minum 👍

    ReplyDelete
  4. Comel kucing tepi pintu tu. :)
    Nampak sangat menenangkan, dapat lepak tepi sungai. Meriah mi kari dia. Selamat berpuasa, Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreatif yang melukisnya tu kan. Memang comel.
      Mi kari meriah dan sedap juga.
      Selamat berpuasa juga Kak Nur.

      Delete
  5. dekat nau meja tu
    ada yg termasuk dlm air nanti🤣🤣
    mi kari wajib ada taugeh
    kalau x de umpama naik kereta tak ada tayar🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan juga tu. Macam seram pula nak duduk situ, risau terjatuh dalam air tanpa sedar. hihi
      Ya, wajib ada taugeh bau ngam. Peminat taugeh je faham..kannn...

      Delete
  6. Unik namanya Laparoti.
    Saya terus rasa lapar nasi lemak dan mee kari.
    Memang rasa tak lengkap kalau tak ada taugehnya kan Fizah. Saya suka taugeh mentah, rangup dikunyah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tertanya juga nama kedai tu. Mungkin dulunya hanya fokus pada roti kot sebab roti ada jual jugak.
      Sama selera kita kak Amie. Makan mi kari kena ada taugeh rangup. Baru sodap makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu