Selamat Hari Hutan Sedunia/Antarabangsa 2024

Azhafizah MN
By -
16
Selamat Hari Hutan Sedunia/Antarabangsa 2024. Dalam bahasa Inggeris juga dikenali dengan Happy International Forest Day, World Forestry Day, International Day of Forests. Banyak nama juga ye sambutan Hari Hutan ni.

Memandangkan kita ni pencinta hutan, suka masuk hutan, suka hiking. Jadi, sempena Hari Hutan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Hutan 2024. Geng hikers pasti rindu nak hiking bila bulan puasa. Tapi ada je hikers tegar hiking juga di bulan Puasa ni. 

Bila kita masuk hutan, dekat dengan alam semulajadi boleh dijadikan sebagai satu terapi diri untuk kesihatan mental. Melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah membuatkan kita rasa tenang menikmatinya. 

Jagalah dan sayangilah hutan kita. Masuk hutan, jadilah manusia yang bertamadun jaga alam sekitar dan jangan buang sampah merata-rata. 

Selamat Hari Hutan Sedunia/Antarabangsa 2024

Hari Hutan Antarabangsa (HHA)/ Sedunia

Hari Hutan Antarabangsa (HHA) disambut pada 21 Mac pada setiap tahun. Penetapan tarikh tersebut mempunyai perkaitan dengan hari pertama Musim Bunga di Hemisfera Utara. Musim Bunga merupakan masa di mana cahaya matahari dapat dirasakan sepenuhnya selepas melalui tempoh Musim Sejuk dan pokok-pokok mulai menghijau semula dan berbunga.
 
Hari Hutan Antarabangsa (HHA) ini disambut sebagai simbolik kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Tema Hari Hutan 2024

Pada tahun ini, Food and Agricultural Organization (FAO) telah memilih tema “Hutan dan Inovasi” sebagai sambutan HHA 2024. Inovasi dalam perhutanan telah menyingkap banyak penemuan baharu dalam meningkatkan keberkesanan, efisiensi, dan kelestarian amalan-amalan pengurusan hutan, termasuklah penghasilan produk-produk hasil bahan lestari daripada sumber hutan. 

Tags:

Post a Comment

16Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Selamat hari hutan sedunia.

    Mari kita bersama-sama menjaga hutan untuk melestarikan alam sekitar

    ReplyDelete
  2. Rindu nak masuk hutan. Sejak pindah Perlis belum sempat cari hutan.
    Tapi kawasan rumah akak ni pun dah macam duduk di pinggir hutan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena mula cari port hiking menarik di Perlis tu Kak Ujie. Nanti² ada masa boleh pi. Akak jalan pagi pagi tu kira dapat jugalah bau hutan, lepas rindu hutan.

      Delete
  3. jom sama2 jaga hutan utk generasi akan dtg

    ReplyDelete
  4. Selamat hari hutan. Suka tengok pekerja tanam semula pokok kat bukit bukau lepas ditebang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga tanam semula dari dibiarkan togel. Sejuk sikit ada pokok² ni.

      Delete
  5. Selamat Hari Hutan Sedunia.
    Sama-samalah kita berusaha untuk melestarikan alam sekitar.
    Mudah-mudahan terus hidup sihat, dapat bekalan oksigen segar setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Semua benda hidup saling bergantung dan dapat hidup harmoni.

      Delete
  6. Kalo tak baca ini, saya mungkin tak akan ingat hari hutan sedunia 😅. Tapi baguuus lah kalo sampai dibuat hari khusus macam ni. Supaya orang2 sadar pentingnya menjaga hutan. Banyak perusahaan yg membumihanguskan hutan hanya utk kepentingan pribadi 😞. Membuat iklim jadi berubah, banjir di mana2. sedih lihat dan baca beritanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pentingnya awareness menjaga hutan ni. Paling tak bagus jika banyak pokok ditebang untuk pembangunan. Banjir, panas, tanah runtuh dan banyak lagi kerosakan berlaku.

      Delete
Post a Comment