Tonton Rindu Kasih 2 bersiaran mulai 13 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di Slot Samarinda TV3 dan secara strim online menerusi platform Tonton (watch.tonton.com.my).
Masih ingat lagi Drama Rindu Kasih yang pernah menjadi fenomena dan berjaya menjadikan rakyat Malaysia emosi dengan watak Halijah terutamanya? Rindu Kasih episod akhir yang dikatakan tergantung dan ada sambungannya. Ya, inilah sambungannya!
Drama Rindu Kasih 2 merupakan sekuel Rindu Kasih dimana watak-wataknya berjaya dilakonkan oleh Izzue Islam, Ummi Nazeera, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Watak-watak asalnya masih mengekalkan pelakon yang sama.
Drama Melayu bersiri 20 episod ini masih lagi mengekalkan karya dari Mohd Fazli Yahya @Pali Yahya, penulis skrip yang sama iaitu K. Adlie & Shaza Talib serta terbitan syarikat produksi yang sama, P&D Pictures Sdn. Bhd.
DRAMA RINDU KASIH 2
Jumlah episod : 20Mula siaran : 13 Februari 2024
Waktu siaran : Isnin - Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Strim online : Tonton
Penulis skrip : K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : P&D Pictures Sdn. Bhd.
PELAKON/CAST DAN WATAK
Dibintangi oleh Izzue Islam, Ummi Nazeera, Fazlina Ahmad Daud, Dzul Hadziq, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz, Shazia Rozaini, Meor Mohd, Mimi Ernida dan ramai lagi
- Izzue Islam sebagai Amir
- Ummi Nazeera sebagai Salina
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
- Dzul Hadziq sebagai Fayyad
- Ezzaty Abdullah sebagai Murni
- Nafiz Muaz sebagai Hisham
- Shazia Rozaini sebagai Huda
- Meor Mohd sebagai Iqbal
- Mimi Ernida sebagai Rita
SINOPSIS
Halijah dan Pak Hassan masih dalam penjara atas tuduhan menyebabkan kematian Pak Khalid, bapa Salina. Halijah minta polis berjumpa anaknya Amir bagi mendapatkan bukti.Amir terpaksa membatalkan niatnya untuk menerjah Hisham dan Salina setelah diarahkan polis berjumpa dengan mereka bagi melengkapkan siasatan tentang kematian Pak Khalid.
Amir dan Hisham bergaduh di rumah Mak Iti. Amir menuduh Hisham menyorokkan Salina dan Fayyad. Pergaduhan mereka dileraikan oleh Mak Iti. Keadaan Amir tidak terurus dan seperti orang gila talak.
No comments
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.