Header Ads

Minimalist Dekorasi perabot IKEA

Pejam celik pejam celik hari Jumat dah. Tahu tahu dah 30 Syawal. Hari terakhir raya sebulan yang cuma diraikan hari pertama. InshaAllah tahun depan kita pasti akan raya sebulan. Daah hujung hujung Syawal baru ada mood nak mendeko rumah.

Tak membeli perabot baru pun cuma cat dinding je bertukar. Dari tema biru (Navy Blue + Neptune's Castle + lighthouse view) ke tema putih semunya. Back to basic. Tak payah pening pening fikir tema warna lain.

Dah lama berhasrat nak tukar warna putih bagi ruang nampak lebih luas dan lebih terang memandangkan rumah jenis tertutup kurang masuk cahaya luar. Ambil masa seminggu jugalah nak mengecat dan mengemas. 

Dapur je belum siap kemas lagi. Perlu touch up sikit je sebab dapur dah memang dinding putih sebelum ni. Lek lu, charge energy.

Alang-alang PKP ni, ada masa nak buat dekorasi sikit.Tukar mood bagi cerah dan lapang otak sama. Saya pilih white minimalist decorations dengan gabungan warna hitam. Pintu dah memang hitam dan perabot pun ada yang hitam. Kira ngam je lah black and white. Cuma ada beberapa warna lain. It's okay. Not problem at all. 

Dimulakan dengan sudut ni. Jam Slipsten sebelum ni berlatarbelakangkan dinding warna lighthousee view nampak match dengan jam green. Bila dah tukar warna putih, nampak menyerlah sikit warna tu.

Dudero Floor lamp tu beli tahun 2015. Lama bertahan cuma warna agak kepam. Sekarang dah tak wujud dah lampu ni kat IKEA. Macamana eh nak bagi warna dia putih semula? Kalau ada jual spare paper pun okay jugak. Tapi tak ada!

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Ruang Tamu

Honefoss mirror tu dah habis idea dah nak buat design macamana. Sebelum ni letak dalam bilik, pindahkan kat luar pulak.

Sumpah suka gila bila cat dinding warna putih. Sesuai sungguh la dengan perabot serba putih kat ruang TV ni. Tambah seri dengan bunga fake tu. Tak dapat nak letak bunga real sebab ruang sini kurang dapat cahaya matahari. Risau mati pulak pokok tu nanti. Letak yang pelesu je sudah. Tak payah nak beria jaga.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Ruang Tamu

Rak hiasan ruang tamu ikea saya gunakan Laiva, ada banyak level. Tak ada hiasan sangat cuma letak buku dan yang berkaitan. Sebenarnya meja tu tak tahu nak letak mana. Macam extra meja lah. Letak je lah situ sepadan dengan step stool serbaguna tu yang dah kepam juga. Nak syelek macam tak best pulak bertukar warna. Suka warna kayu natural tu.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA

Masih diruang tamu, ada lagi sudut cermin. Shoes cabinet ni cara jugak boleh letak barang lain selain kasut. Sesekali kena kreatif fikir luar kotak. Kan? Ada 6 units sebenarnya. 2 units lagi letak luar buat tempat letak kasut.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA

Masih menggunakan cermin untuk memantul mantulkan cahaya masuk bagi nampak terang dan effect ruang yang luas. Dulu beli plant stand konon nak letak bunga hidup tapi cahaya kurang masuk, auto terbatal niat tu. Sudahnya kosong cuma bawah je guna letak helmet.

Stool tu pulak beli sebab comel. Dulu tema biru, beli biru. Kalau dapat ulang balik masa dulu, beli putih je. Ank buah kecik datang, suka lah buat tempat duduk dia. Orang dewasa pun boleh duduk. Setakat ni masih kuat lagi.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA

Mari ke workspace saya pulak. Workspace yang simple dalam bilik.  Masih kurang cahaya, gambar pun banyak noise kurang sharp.
Untuk menjimatkan ruang atas meja, husband beli dual monitor stand two arms untuk letakkan monitor. Elok tergantung dua screen monitor. Atas meja pun lapang sikit.
 
Keyboard yang berlampu tu adalah Tecware wired gaming mechanical keyboard spectre pro with RGB Lighting. Boleh switch colour, pattern lampu dan banyak lagi. Tak sakit jari menekan keyboard ni macam spring. Selesa dan seronok menaip. 

Dah ada keyboard baru, wireless keyboard dan silent mouse saya pass kat husband lah. Tahan lama betul keyboard dan mouse tu. Beli tahun 2016.

Agak kosong sikit dekorasi untuk workspace ni. Rak pun kosong lagi belum susun barang barang yang ada. Saya suka gunakan table top lerberg ni sebab luas dan boleh share dua orang. Jenis table top tak diskru dengan kaki meja. Letak je table top atas trestle. Kerja pindah memindah lebih mudah.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Workspace

Ruang ni dah biasa nampak dah kan. Tempat favourite terapi mata dan jiwa.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Indoor Plants

Ruang tamu nampak kena dengan tema black and white. What say you?

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Ruang Tamu

Last but not least, bukan IKEA product. Ini je kot saya beli baru. Beli poster kalimah Allah, Muhammad dan ayat kursi. Surah Al fatihah tu seller bagi free. Boleh tengok kat shopee kedai artnestwallart.

Frame pun saya beli baru saiz A3 sama dengan poster. Beli kat shopee dululah tak dapat nak ke IKEA. Sambil shopping sambil kumpul points kaedah dia. Nak shopping IKEA online ada barang tak boleh delivery pulak. Takpe, abaikan dulu. Benda tak penting.

Seriously sangat suka dengan tulisan khat jawi dan printing dia. Memang terbaik. Cuma kalau ada saiz besar lagi better lah. Sebelum ni ruang ni saya letak gambar masa kecik, family, konvo dan gambar kahwin. Dah kata tak boleh gantung gambar orang, saya pun turunkan dah gantikan dengan yang kalimah dan surah.

Minimalist Dekorasi perabot IKEA Ruang Tamu

Terang mata tengok ruang dalam rumah yang sebelumnya kelam dah bertukar cerah. Hilang terus kemurungan yang melanda dan otak yang semak. Mostly barang IKEA yang saya beli dah 2 tahun lebih dah. Yelah dah 2 tahun tak pergi IKEA sebab COVID ni.

Banyak koleksi barang IKEA yang dah discontinue pun. Koleksi baru je belum ada lagi.

19 comments:

  1. sweet sangat dekorasinya, sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah, segaknya!!! As suka sangat dekorasi macam ni. Rumah As pun tema black & white tapi masih banyak yang perlu deko...

    ReplyDelete
  3. Tersusunnya rumah Fizah. Cantik hiasan dan deko. Putih memang nampak ruang lebih luas. :)

    ReplyDelete
  4. Tidak nampak capok cat pun. Sekata warna.
    Cantik susunan perabot nampak moden, boleh letak dalam katalog.

    ReplyDelete
  5. Cantikkk kombinasi hitam putih! Nampak ruang makin luas kan kak fiza :D
    Nampak cantikkk pulak kak fiza tak potong pokok yang panjang tuuuu hehehe.

    ReplyDelete
  6. sukanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa tengok yg ade pokok2 tuuuuuuuuuuuuuuuu.. terapiiiiiiiii hihihi

    ReplyDelete
  7. Cantik-cantik barangan Ikea..

    ReplyDelete
  8. Suka akak tengok deco macam ni...memang nampak segar...wah Fiza nyer barang banyak dari Ikea...

    ReplyDelete
  9. ini betul show room ikea ni fiza! menarik sgguh cara susunan dan label fiza buat :)
    shida dinding guna ash blue..nk ruang nmpak terhad kenakan langsir gelap ruang nampak kecik utk kami dua org dlm rumah ni :)

    ReplyDelete
  10. Laawanya sesi mendeko ni . Tambah lagi deco minimalist memamg letops sangat . Pemilihan warna cerah buat ruang kecil akan jadi luas

    ReplyDelete
  11. Cantiknya rumah Fiza.. Suka tengok.

    ReplyDelete
  12. cantiknyaa.. pandai fiza deko rumah, nampak simple tapi tetap menarik :)

    ReplyDelete
  13. wahhhhh!! cantiknyaaaa deko. suka laa tengok :)

    ReplyDelete
  14. Kreatifnya! Sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  15. Wah.. Dah macam katalog Ikea. Kemas dan tersusun. I loike. Fizah kalau masuk Ikea Tebrau mesti susah nak keluar kan?

    ReplyDelete
  16. Nampak kemas kalau guna konsep minimalis ni.

    ReplyDelete
  17. Wow! Wowww! Warna putih memang cantik, selesa dan nampak luass! Saya suka tengok! Teringinnya nak ada work station macam tuu... Harap one day ada rezeki lebih... Boleh deko deko minimalis gini...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.