Header Ads

Bila Nak Sampai Tak Tahu Lah

Ya, memang benarlah penantian itu satu penyeksaan. Sakitnya tu disini menunggu parcel yang entah bila nak sampai tak tahu lah. Parcel 1 seller laju post, ikutkan hari ni pos esoknya dah sampai. Sekali dia stuck terus kat J&T NSN Gateaway sampai ke hari ni tak sampai-sampai lagi.

j&t express on hold meaning

Parcel 2 lewat sikit sampai kat J&T NSN Gateaway. Pun belum nampak kemunculan update baru lagi. 

j&t express slow delivery 2021

Bila check tracking kat website, keluar status on hold dengan alasan uncontrollable. Maksudnya apa? Dok cari jugalah info kat facebook. Rupanya on hold uncontrollable sebab overload parcel dan juga ada kes pekerja positive COVID-19.

Banyak parcel stuck terperam kat J&T NSN Gateaway. Nak pergi self collect memang tak boleh sebab kat situ gudang, parcel belum sorting lagi untuk transfer ke branch. Plus, musim COVID-19 ni memang tak dibenarkan ke sana. 

Dengar kata tutup 7 hari bermula 16 Jun sampai 22 Jun. Tapi tak ada juga any update tracking number. Nampaknya kena tunggu lagi lah jawabnya. Katanya mereka pun tengah usaha hantar barang-barang yang makin hari makin menimbun tu. 

Waktu operasi pun sampai pukul8 malam je. Tak boleh kerja lebih masa dan pekerja pun tak cukup bila dah ramai positive COVID-19. Jadinya bila jadi macam ni kena banyakkan bersabar lah tunggu parcel sampai. 

Paling kesian bila barang yang dipos barang makanan. Tahu tahu dapat makanan tak elok dah. Ada juga parcel yang dah rosak. Mujurlah saya beli barang yang tak berapa urgent. Harap harap sampai dengan selamat dan masih elok. 

Katanya Shopee dah kembali boleh pilih courier. Tak tahu lah tu. Bolehlah kita pilih courier mana yang lebih baik buat masa ni. Tapi rasanya macam kena pause juga shopping online. Biar reda dulu mana mana courier service.

Updated :

28 Jun 2021
Dua dua parcel, out for delivery. Tunggu punya tunggu tak muncul juga. Ingatkan dorang ada buat delivery sampai malam. Tak mungkinlah sebab sampai 8malam je kan. Redha je lah tunggu esoknya.

29 Jun 2021
Dua dua parcel sampai waktu yang sama. Parcel dua dua dalam keadaan selamat dan elok cuma ada beberapa items crack sikit.


24 comments:

  1. Akak punya aritu lagila orgnya pos 10hb 21hb xsampai lagi, sampai laki akak wassap jnt baru esoknya dia hantar... gila lembab kalau jnt ampang ni geraam

    ReplyDelete
  2. j&t ni mmg buat hal skrg.. kakmim siap komplen ari tu lepas tu br nmpk status bergerak utk delivery.. hari ni br status delivery 1 lg parcel yg stuck dr 14 jun... mslhnya dh sampai kuching dh cuma masih jadi pekasam oleh j&t ni.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Sabar menanti selagi boleh bersabar.
    Kak Amie pun pernah terseksa dalam penantian. Order bahan makanan. Bila sampai sudah tumbuh kulat. Bagi tahu pengirim, dia kata nak buat macamana, bukannya dia tahu benda tu lambat sampai. Huurrmmmm!

    ReplyDelete
  4. J&T suka bt hal. Paling geram tu main baling parcel. Tak boleh panggil elok2 dan bg ke tangan penerima ke.

    ReplyDelete
  5. Ya Fiza, derang tutup sebab ada yang positif.
    Kami kat sini pun pernah kena gitu (kurier lain). Ingat kenapa la senyap je dah seminggu, call tak angkat.
    Pastu pergi la ke tempat dia, baru tau tutup sebab covid. Kena tunggu dia delivery ikut turn, tak boleh datang ambil sendiri sebab dah berlambak sangat.

    ReplyDelete
  6. sama la kite. Tak sampai sampai parcel. Outbound dri SGR Gateway tu berhari dah tapi x sampai2. Risau pula takut rosak je..

    ReplyDelete
  7. Setakat ni, j&t perak ok lagi. Hari ni beli, esok dah sampai. Courier lain pun ok lagi, termasuk citylink. Mungkin kes covid kat negeri sembilan tu, tinggi, kot Fizah. Benda pun di luar kuasa kita. Harap bersabar, ye.

    ReplyDelete
  8. Cabaran tunggu barang yang dibeli. Selagi tak sampai selagi tulah risau.

    ReplyDelete
  9. jnt bkn skrg hold dl ke operasi dia...lebih2 lagi kat sban sbb kek covid tu kan...

    ReplyDelete
  10. Haah kak fiza, haritu ada terbaca gak ada staff j&t yang positif, sebab tu banyak barang tergendala. Apa apa pun semoga selamat sampai barang kak fiza. Frust menonggeng kann tunggu parcel yang tak kunjung tiba ni huhuhu :')

    ReplyDelete
  11. Sama la..hadiah2 akak yang lain semua x sampai- sampai lagi...masih stuck kat J&T yang sama...

    ReplyDelete
  12. Boleh pilih dah ke? Baguslah macam tu. Musim pkp ni semua benda pun menuntut kesabaran

    ReplyDelete
  13. huhuu..lagi2 kalau brg urgent mmg stress huhuuuu ^^

    ReplyDelete
  14. Apa parcel tu buat lama-lama kat situ? Camping ke? 😁 Sabar banyak-banyak ya, Fiza.
    Memang frustrating kan bila parcel kita sangkut begini...

    ReplyDelete
  15. Kalau pos dari Johor ke Johor baru ni, guna J&T masih ok sikit . sy pos harini, esoknya sampai dah.. Laju gila .

    ReplyDelete
  16. courier services company sekarang tengah struggle jugak sebab barang terlalu banyak untuk dihantar + staff pun tak ramai atau mungkin ada alasan mereka tersendiri. semoga barang sis selamat sampai dengan keadaan yang baik.

    ReplyDelete
  17. Apa yang Fiza beli? Dugaan waktu begini laku perkhidmatan kurier jadi tidak cukup kakitangan.
    Alhamdulillah dapat sudah. Memang akan rasa lega.

    ReplyDelete
  18. Stress betul tak boleh pilih courier sekarang nie bila membeli..
    MUjurlah barang fiza dua2 selamat sampai..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.