Header Ads

Merasa Juga Pulut Kuning Dan Sambal Tumis

Pagi tadi kepeningan tak tahu nak masak apa untuk makan pagi. Sebabnya isnin sampai rabu sambung puasa enam straight. Alhamdulillah semalam selesai dah puasa enam, hari ni baru sambut raya. Tapi tak adalah juadah raya. 

Pagi tadi request kat husband beli je lah makanan. Cuti masak harini sempena raya, boleh kan? So husband belikan nasi kerabu ayam bakar, nasi lemak dan pulut sambal tumis. Nasi kerabu untuk saya sebab husband sejenis yang tak suka nasi kerabu.

Nasi lemak untuk dia dan pulut kami kongsi berdua. Lama tak makan pulut jadi teringin pulak. Kebetulan pergi beli nasi kerabu nampak kedai nasi lemak dan pulut tu bukak, itu yang husband pun membeli. 

Kira rezeki lah dapat merasa juga pulut kuning dan sambal tumis ni setelah sekian lama tak makan. Kalau saya masak pulut kuning mudah guna rice cooker je. Tapi sebab kurang rajin, terkubur je lah hasrat nak masak pulut kuning.

Pulut Kuning Dan Sambal Tumis

Biasanya saya akan guna resipi pulut kuning guna beras pulut susu berbanding beras pulut biasa. Jangan tanya saya beza rasa dia. Rasa macam sama je, boleh tak cakap macam tu.

Masih berbaki 4 hari lagi Kuncitara Fasa I. Harapnya kes terus menurun lah. Aaminn...

14 comments:

  1. Sesekali makan pulut kucing boleh terbuka selera. Sedapnya.

    ReplyDelete
  2. Memang sedap ni makan pulut ngan sambal tumis..
    nak2 klu ada sambal udang atau sotong ..perghh nikmat yg tak terhingga gitu hahaa

    ReplyDelete
  3. Akk ni baru siap masak pulut utk sarapan pagi esok. Berjodoh pula dgn Fiza hihi ..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba makan pulut kuning dengan Sambal. Biasanya makan dengan rendang ayam atau daging.

    ReplyDelete
  5. Sedappnyaaa nasib baru makan my mom masak tempoh hari tu

    ReplyDelete
  6. Pulut kuning biasanya akak kukus, tak pernah masak guna rice cooker. Dan tak pernah juga makan pulut kuning dengan sambal. Biasanya, makan dengan rendang ayam atau daging. :)
    Tapi sedap tengok pulut kuning. Lama tak makan.

    ReplyDelete
  7. Aha akak memang suka pulut kuning dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau di kenduri makan banyak kadang tidak sentuh nasi kenduri.
    Selamat sudah puasa 6.

    ReplyDelete
  8. Suka makan dengan ikan tongkol hehehe. Sambal daging pun sedap! Hehehe
    Aamiin, moga moga ada penurunan kes walaupun setiap hari kes turun naik :')

    ReplyDelete
  9. lama dah aim pulut kuning walau shida x raya ni..sedap fiza!

    ReplyDelete
  10. Alamak, teringin pulak tekak nak makan pulut.. Huhu...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.