Header Ads

Bil Air vs Bil Elektrik

Ku sangkakan mendung akan disusuli hujan. Rupanya tak! Cuaca terik bukan main lagi. Bila cuaca panas, nak masuk office oil & gas ( dibaca:dapur) pun jadi auto malas. 

Last last masak ayam goreng tepung bestari je. Dah masuk dalam kuali, goreng kaedah deep frying. Biarkan dan ke dapur semula untuk angkat.

Saya guna bahagian kepak dan drummet. Jadi cepat sikitlah proses menggoreng tu. Sayur, hanya sediakan salad bulat segar tu. Rendam air garam dan basuh. Makan pulak dengan sambal geprek. Berselera makan. Simple simple sudah. eh, lari tajuk sudah.

Musim panas, kipas on air cond pun on jugak waktu siang bila tak tahan panas. Sejak PKP, haruslah bil elektrik naik dari kebiasaan. Dah tak boleh keluar kemana. Duduk rumah je kan. Ramai juga yang mengeluh bil elektrik naik sedangkan guna macam biasa je. Tak tahu lah macamana kira tu. 

Bil Air vs Bil Elektrik

Bil air vs bil elektrik jauh beza. Air guna macam biasa. Cuma kurang penggunaan mesin basuh. Bila penuh baru basuh. Tak lah basuh hari hari. Kira jimat air dan elektrik juga tu. 

Sekali basuh baju guna mesin basuh auto memang banyak penggunaan air. Average sebulan bawah RM15.  

Average bil elektrik RM120 macam tu. Bil air dah bayar lebih sebelum ni. Jadinya bil air kurang sikitlah kena bayar. Bil elektrik je lah terlebih dari biasa. Nak buat macamana bila PKP ni memang duduk rumah je. 

baca juga : punca bil elektrik tinggi
                       tips bijak jimat elektrik
                       bantuan prihatin elektrik (BPE) tambahan

Penggunaan barang elektrik yang melibatkan sejuk panas ni memang guna tenaga elektrik lebih sikit. Lain rumah, lain perbelanjaan dan penggunaan elektriknya. Kena faham tu. Bertabahlah kita bayar segala komitmen bulanan. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita. Aaminnn...


16 comments:

  1. Untung betul air dapat tolak subsidi.

    ReplyDelete
  2. Aku suka bil elektrik sih Kak, menarik. Hehe...

    ReplyDelete
  3. rumah saya ni walaupon dok sorang bil letrik sampai rm80++ utk bulan lepas. PKP ni mmg dok umah saja, dan cuaca pon panas, siang malam dok on airkon. sib baek bil air mcm biasa, sebab malas nak mandi bile dok umah... hahaha

    ReplyDelete
  4. pkp duduk rumah, bil elekrik pun memang naik juga..

    ReplyDelete
  5. Dulu awal awal pkp punn mencanak naik jugak kan bil letrik rumah masing masing. Bil elektrik rumah sewa saya pernah mencecah 150+ padahal duduk berdua je, tak ada aircond. Tapi nasib baik dapat discount. Nak buat macam mana kan kak fiza, duduk rumah memang banyak lah pakai elektriknya, cuaca punnn boleh tahan bahang kannn :')

    ReplyDelete
  6. hu hu hu. aida 2 bil ni lebih rm200 jumlahnya, fiza.
    bertabahlah... sebab memang dok rumah je kan.
    apo buleh buek :(

    ReplyDelete
  7. Syu punya bil letrik RM2++😅.Tak tahu nk jimat macam mana lagi dah.jenoh mikir.

    ReplyDelete
  8. bil letrik rumah saya pun boleh mengucap panjang dibuatnya haha

    ReplyDelete
  9. yup..bil elektrik teman pun naik..selalu dalam seratus atau kurang....bulan ni jer RM211...heran gak..yg duduk rumah 2 orang jer...

    ReplyDelete
  10. Orang kata, kalau rumah selalu pakai air fryer, bil letrik memang tinggi. Pulak..

    ReplyDelete
  11. Bil letrik memang tinggi melambung. Waktu semua anak-anak di rumah Encik Suami pernah bising sebab naik 3 kali ganda dari biasa. Bila kita kata nanti kita tolong bayar separuh, senyap dah tak merungut lagi hihihiiii!

    ReplyDelete
  12. Takde guna penghawa dingin sekarang. Banyak buka tingkap apabila siang.

    ReplyDelete
  13. Bil letrik rumah saya pun melambung sebab ni lah rumah, ni lah opis. Huhu. Pastu kerap tengok tv. Harap tnb bagi diskaun banyak-banyak

    ReplyDelete
  14. pehhh bil elektrik tuu! buat rasa nak menangis pulak.. bil elektrik kat rumah sy ponn naik jugak.huhu

    ReplyDelete
  15. Kannn.. menaik naik bil... duit tak keluar jalan jalan, tapi kua untuk bil la plak...

    ReplyDelete
  16. Naik makin banyak pula bil eletrik nie walaupun penggunaan sama je.. huhuhu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.