Header Ads

Telefilem Sumpahan Orang Putih 'SOP'

Sumpahan Orang Putih 'SOP', sebuah telefilem melayu 2021 bergenrekan seram lakonan Sara Ali, Dayang Areeda, Coki, Qody Rani dan ramai lagi. Sumpahan Orang Putih 'SOP' ditayangkan pada Sabtu ini 19 Jun 2021, jam 9:00 malam di Astro Citra.

Juga boleh strim on demand melalui aplikasi Astro Go dan Astro PVR Box.

Telefilem Sumpahan Orang Putih 'SOP' Astro Citra Exclusive

Telefilem : Sumpahan Orang Putih 'SOP'
Waktu siaran : 19 Jun 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios
Penulis skrip : Maisurah Abd Rahim

SINOPSIS SUMPAHAN ORANG PUTIH 'SOP'

Kaseh, seorang gadis yang terperangkap di sebuah chalet milik Richard Benson. Beberapa orang pekerja Mr Benson juga terperangkap di situ disebabkan oleh sumpahan Mr Benson sendiri. Mereka telah mencuba pelbagai usaha untuk dia keluar dari situ tetapi tidak berjaya.

Kaseh dan penghuni yang lain cuba untuk merungkai misteri tempat itu yang memerangkap mereka yang mempunyai masalah keluarga. Saksikan macamana mereka boleh bebas dari sumpahan orang putih ini.

PELAKON SUMPAHAN ORANG PUTIH 'SOP'

Sara Ali
Qody Rani
Dayang Areeda
Coki @Muhammad Danish Daniel
Tuan Asmawi
Hamdan Senario
Arie Zaharie
Farisha Irwayu
Juliana Evans

10 comments:

  1. Oh agaknya orang putih itu maksudnya orang Inggeris/mat salleh. Mula-mula macam tertanya-tanya tajuk itu macam nak ikut cerita sumpah orang minyak.

    ReplyDelete
  2. Menariknya cerita misteri mcm ni..shida suka tgk..tp kat astro la pulak..rumah xde astro fiza heheee

    ReplyDelete
  3. Tajuk macam kelakar rupanya seram. Wah.. Kalau Sara Ali berlakon mesti best

    ReplyDelete
  4. Baca tajuk pon dah lawak ni.hehe kene tengok niii 😆

    ReplyDelete
  5. Terbayang lembaga penuh cat warna putih, rupanya orang putih mat saleh hehehehe.

    ReplyDelete
  6. Shortform cerita ni dah macam SOP yang covid tu, standard of procedure hahaha.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.