Header Ads


Nescafe Latte Caramel

Agak mendung cuaca pagi ni. Tapi tak menunjukkan tanda tanda nak hujan pun. Akhir akhir cuaca mendung, hujan pun kejap kejap. Tapi dia punya panas bahang pun tak boleh bawak bincang lansung. Terus rasa malas nak buat kerja. On aircond memerap dalam bilik. Dah sejuk sikit baru off air cond.

Bila bil elektrik dah menunjukkan kenaikan jumlah, kenalah berjimat. Musim PKP kalau bil elektrik tak naik tak sah, kan? Hidangan pagi ni sediakan roti canai. Bukan buat sendiri tapi leftover beli roti canai semalam. Beli extra roti canai kosong. Pagi ni panaskan dan pecahkan telur. Jadilah roti canai telur.

Hidangkan bersama teh o kurang gula rasa pahit pahit sikit dan air nescafe latte caramel. Salah satu hadiah pemberian blogger Nina Cik Suka taip

Nescafe Latte Caramel

Dah lama sebenarnya tak minum air nescafe selain beli semata mata nak buat dalgona coffee. Dan jenis coffee latte pun dah lama tak minum. Lebih gemar kepada kopi pekat kaw tu. Rezeki dapat rasa nescafe latte caramel. Biasanya ada caramel ni rasa dia tak mengecewakan.

Rasa nescafe latte yang sedap, hujung hujung hirupan rasa tu baru dapat rasa caramel dia. Sesekali menikmati secawan coffee light light lari dari kebiasaan. Just nice. Sesuai untuk mereka yang kurang minum kopi atau nak cuba minum kopi. Terima kasih Nina, bagi cuba rasa nescafe latte caramel.



38 comments:

  1. feveret ni nescafe..mmg tidak mengecewakan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya roti canai telo!
    sy beli yg instant lepas tu pecahkan telo.. hihi.. ade lg 2 keping dh bosan mkn roti canai.. terbiar je dlm freezer.. haha

    blh try jgk nescaffe tu.. nt nk cr kat mydin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali ber roti canai telor. Bukan selalu. Nanti cuba tau nescafe latte caramel ni.

      Delete
  3. Teringin nak cuba. Tapi entahla, bila minum nescafe, muka akan keluar breakouts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memudaratkan better jangan sesekali minum nescafe kak.

      Delete
  4. Lama jugak tak minum caffe lattee.. siap caramel... Teringinnnn jadiknya.. huhu

    ReplyDelete
  5. Tempat saya pagi-pagi subuh dah hujan, then mendung :) Cantikkkkk gambar Fiza ambil

    ReplyDelete
  6. Cuaca di sini pun sama Fizah, mendung sekejap panas terik.
    Semalam sempat keringkan 2 helai carpet sebab cuaca panas.
    Terpandang Nescafe panas Fizah terus terbayang-bayang aroma dia lalu depan hidung..
    Kena beli untuk stok di rumah, boleh minum bila wfh nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aroma kopi mengundang rasa macam nak minum kopi jugak kan. Dari gambar pun dah boleh bayang kopi sedap. Nanti beli kak, boleh mengopi bila teringin.

      Delete
  7. Dah pernah minum.Tapi Syu tak berapa suka sangat sebab rasa dia macam tak ummmmpppphhhh...Syu lagi prefer yang original & rich😁

    ReplyDelete
  8. salam

    beberapa bulan ini bil letrik saya naik mencanak. selain guna aircond 24 jm untuk keselesaan ibu_suri juga kerana penggunaan mesin oksijen dia juga... 24 jam.

    kesian anak saya yang membayarnya bagi pihak saya. gajinya pun tak seberapalah sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaaminnn...

      Delete
  9. Replies
    1. Nescafe O pun layan juga kadang. Cicah dengan biskut empat segi tu sedap!

      Delete
  10. tak pernah try nescafe latte ni, selalu minum yg original je..hehe

    ReplyDelete
  11. Cantikkknya gambar!
    Teringin nak try sebab bau sedapp, tapi tak boleh sebab mudah sangat sakit kepala bila minum air berunsurkan nescafe, kopi dan seangkatan dengannya >.<

    ReplyDelete
  12. sebab dah dalam cawan tu, lagi bertambah sedap pulak nampak hehe

    ReplyDelete
  13. Cantik gambar tu, siap aksesopri biji-biji kopi lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Amie. Biji kopi sebagai penyeri gambar. Hihi

      Delete
  14. nescafe jrg2 sgt minum...sbb kan takut tkleh nk tido

    ReplyDelete
  15. Pernah minum tidak silap adik beli.

    ReplyDelete
  16. da lama xminum nescafe nii sejak selalu sangat migrain -.-

    ReplyDelete
  17. Antara kesukaan Sha nie.. Cuma sekarang ini je dah lama tak beli sebab layan Nescafe kopi kedah (bukan 3in1)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Kak Sha rajin layan kopi tin. Selalu nampak Kak Sha beli jenis dalam tin jugak

      Delete
  18. Brand lagend tetap di hati, bercaramel belum cuba lagi heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand legend kegemaran ramai. Sekarang pun dah ada macam-macam jenis flavour nescafe boleh dicuba.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.