Header Ads

Telefilem Tiada Galang Ganti

Tiada Galang ganti, sebuah telefilem cerekarama TV3 2020 yang pernah ditayangkan pada hari raya pertama 24 Mei 2020. Telefilem Tiada Galang Ganti akan bersiaran semula pada 26 Jun 2021 nanti di slot Cerekarama TV3.

Senarai pelakon tiada galang ganti dibarisi oleh pelakon Raja Atiq, Muntazar Ghufran dan Puteri Adrianna sebagai pelakon utama.

Telefilem Tiada Galang Ganti Cerekarama TV3

Telefilem : Tiada galang ganti
Waktu siaran : 26 Jun 2020 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran : TV3
Idea Asal : Syafiq Mohd
Penulis Skrip : Rina Khan
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd

SINOPSIS TIADA GALANG GANTI

Alif (Raja Atiq Azman) seringkali mencemuh hidangan telur goreng yang dimasak oleh maknya, Mak Ani (Dilla Ahmad). Alif masih belum menerima dan memahami kesusahan kehidupan mereka. Hanya hidangan itu sahajalah yang mampu disediakan oleh mak dan ayahnya.

Keadaan mula berubah bila ibu dan ayahnya meninggal dalam satu kemalangan. Alif terpaksa menjaga adik-adiknya. Mereka juga selalu mengeluh asyik makan telur goreng. Sekarang barulah dia faham bagaimana kesusahan dan perasaan mak dan ayahnya dulu.

Dia berharap dia dapat kembali ke masa lampau untuk meminta pengampunan daripada mak ayahnya.


PELAKON TIADA GALANG GANTI

Raja Atiq Azman sebagai Alif
Izzendra DFKL sebagai Sarah
Dilla Ahmad sebagai Mak Ani
Badrul Muhayat sebagai Pak Samad
Muntazar Ghufran sebagai Adi
Fimie Don sebagai Fizi
Zack Kool sebagai Hj. Sharif
Puteri Adrianna sebagai Alia
Fauzi Zulkifli sebagai Pian
Lan Siro sebagai Cikgu saiful

15 comments:

  1. Selamat menonton dan moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Cite arahan along kamaludin selalunya sedih. hurm.. Nanti mesti tengok. Haah

    ReplyDelete
  3. Nahhh baru nak menyesal lepas mak ayah dah tiada huhuhu :')
    Tapi macam menarikkk, mesti banyak pengajaran boleh ambil dari telefilem ni kannn

    ReplyDelete
  4. cerita mcm sedih ja ni.. tapi terlepas nak tgk.. hope online ada

    ReplyDelete
  5. Bagus kalau anak- anak kita ikut menonton cerita ni...at least kita boleh tunjukkan pengajaran yang kita dapat dari cerita yang disampaikan...selalunya kisah macam ni base on true story

    ReplyDelete
  6. Best ni kalau arahan Along Kamaludin.

    ReplyDelete
  7. malas nak tengok citer dedih macam ni...nnt rosak mood rindu mak kat kampung

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak tengok. harap tak lupa la nak tengok nanti..

    ReplyDelete
  9. Akak dah tengok dah cerita ni. Sakit ati je tengok citer melayu ni. Makan telor pun komplen. Padahal, sedap kot. Mak bapak dah takde, baru sedar diri. Pastu dah susah, kena cari rezeki untuk adik-adik, si abang niaga kat pasar. Gitula lebih kurang. Hehe..

    ReplyDelete
  10. baru lepas tgk fiza..
    cerita tentang pgorbanan kekeluargaan dan nilai persahabatan..
    byk pengajaran yg ditonjolkan dlm telefilem ni..

    ReplyDelete
  11. Biasa sudah tiada baru hargai. Akak pun masa PKP rasa hargai masa bersama ibu bapa.

    ReplyDelete
  12. ulang tayang pun tak berkesempatan nak tengok.. Nampak menarik telefilemnya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.