Header Ads

Semak Keputusan SPM 2020 Online atau SMS Mulai 10 Jun 2021

Seperti yang telah diumumkan, harini Khamis 10 Jun 2021 SPM 2020 result release date. SPM 2020 result yang dinantikan oleh calon calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ditangguhkan sebelum ni disebabkan COVID-19.

Calon-calon terpaksa menduduki Peperiksaan SPM 2020 pada 22  Feebruari 2021 yang lepas. Dalam satu kenyataan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan keputusan spm 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) atau melalui SMS.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan peperiksaan yang diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. SPM akan diambil oleh pelajar Tingkatan 5 yang berumur 17 tahun. Ia juga merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.

Objektif utama SPM adalah sebagai syarat untuk pelajar di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM (Tingkatan 6), Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Ianya berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang dicapai mengikut kesesuaian dengan kursus yang dipilih.

Semakan keputusan spm 2020 

Semakan keputusan peperiksaan SPM 2020 online boleh dibuat pada 10 Jun 2021 pada jam 10:00 pagi.

Cara Semak Keputusan SPM 2020 Online atau SMS

2 Cara semak keputusan spm 2020

1. Semak keputusan spm 2020 Online

Klik link https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/.
Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran.
Klik ‘Semak.’

2. Semak keputusan spm 2020 melalui SMS

Taip SPM <jarak> no kad pengenalan <jarak> angka giliran
Hantar ke 68886.

Perkhidmatan SMS mula diaktifkan bermula jam 10:00 pagi 10 Jun 2021 sehingga jam 6:00 petang 17 Jun 2021.

Setiap SMS akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan SMS.

Sebarang masalah mengenai keputusan SPM ini boleh dirujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3785/3787.

Tahniah buat calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Yang kurang bernasib baik, it's okay teruskan usaha. Gagal SPM atau keputusan tak bagus tak semestinya tak berjaya dimasa depan. Teruskan usaha. Orang yang berusaha pasti ada ganjarannya. 


11 comments:

  1. aduhai.. xmeriah betol rsnya amek result SPM camni.. huhuuu..
    tumpang sedih utk calon SPM 2020 di musim covid ni..

    tahniah jugak utk mereka yg berjaya dgn keputusan cemerlang!

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua calon SPM 2020 yang mendapat keputusan pada hari ini

    ReplyDelete
  3. Batch pertama covid19, semoga lulus semuanya! :)

    ReplyDelete
  4. Harap2 website semakan tak jammed la heheh

    ReplyDelete
  5. Peperiksaan di musim pandemik. Semoga ada sinar untuk semua calon SPM. Apa-apapun, ini bukanlah satu pengakhiran.

    ReplyDelete
  6. Ambil keputusan secara dalam talian sahaja bersama keluarga.
    Alhamdulillah selesai sudah debaran menunggu.

    ReplyDelete
  7. Memang senang, check result online. Masa hari keputusan keluar, website takde sangkut-sangkut pun.

    ReplyDelete
  8. Ya, saya percaya, orang yang berusaha, pasti ada ganjarannya.. Huhu...

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada semua calon SPM 2020 walau apa pun keputusannya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.