Header Ads

Drama Love You Mr. Arrogant

Love You Mr. Arrogant, drama melayu ulang siar yang pernah popular disiarkan pada tahun 2013. Drama Love You Mr. Arrogant adalah adaptasai novel Love You Mr. Arrogant karya Aliesha Kirana yang dibintangi oleh Zara Zya dan Azlee Khairi sebagai pelakon utama.

Love you mr arrogant episode 1 mula ditayangkan pada 10 Jun 2021, Isnin-Jumaat jam 10:00 malam di slot Samarinda TV3.

Drama Love You Mr. Arrogant TV3

Drama : Love You Mr. Arrogant
Jumlah episod : 26
Mula tayangan : 10 Jun 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis novel : Aliesha Kirana
Penulis skrip : PGR'S Team, Lee Chonz, Chinta Nadeesha, Mahbob
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Primeworks Studios

SINOPSIS LOVE YOU MR. ARROGANT

Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Kesombongan dan keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi.

Puan Sri Maryam (Norish Karman) ibu Irham ingin menjodohkan Irham dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai. Selepas beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. 

Jika Irham tidak mahu berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan syarikat Irham Holdings.

Zaara amat terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. 

Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya, Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.

Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan sikap ego Irham. 

Baru malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa bersabar ketika berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula mencintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaara dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta selalu melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.

Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. 

Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha untuk mendekatinya. Ini membuatkan Irham berasa cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.

Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham dalam dilema dengan keadaan yang menghimpit dirinya.

tonton love you mr arrogant full episode

PELAKON LOVE YOU MR. ARROGANT

Zara Zya sebagai Zaara Amirah
Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham
Hanez Suraya sebagai Sherry
Keith Foo sebagai Hadry Hakimi
Anzalna Nasir sebagai Farizah
Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam
Mustapha Kamal sebagai Tan Sri Zahir
Raja Ilya sebagai Safiya
Fezrul Khan sebagai Aidil
Wan Raja sebagai Kekasih Gelap
Fadilah Mansor sebagai Hajjah Aminah
Idris Md Diah sebagai Haji Zaidi
Aishah Ilias sebagai Zafrina
Saharul Ridzwan sebagai Faisal
Alex Yanz sebagai Munir
Chew Kin Wah sebagai Mr. Raymond
Siti sebagai Siti Chubby
Adik NurFateha Iman sebagai Dania
Adik Adam Iman sebagai Danish

LAGU TEMA (OST) LOVE YOU MR. ARROGANT 

Tetap Menantimu-Nomad


4 comments:

  1. lama giler drama ni, banyak lagi drama yg best boleh ulang tayang kat slot samarinda ni..

    ReplyDelete
  2. Lama dahh drama nii, tapi masih repeat tengok jugak kadang kadang hahaha

    ReplyDelete
  3. Harap ada nanti drama berseri Nora Elena.
    Love You Mr Arrogant ini tengok lompat-lompat episod. Tidak tahu mengapa tidak melekat tengok sampai habis.

    ReplyDelete
  4. Ulang tayang kan drama nie.. ish.. ish..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.