Header Ads

Senarai Bantuan PKP 3.0

MKN (Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara) telah pun membuat keputusan untuk melaksanakan Total Lockdown PKP3.0 di seluruh negara bermula pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 untuk membendung pandemik COVID-19.

Satu perutusan khas 31 Mei 2021 9:00 malam tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga umumkan Bantuan Khas PKP3.0. Kerajaan bersetuju untuk menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang terkesan dengan PKP3.0 yang bermula 12 Mei 2021 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus @PEMERKASA+)

Senarai Bantuan PKP 3.0

Bantuan Khas PKP3.0 bila masuk?

BPR tambahan PKP3.0 akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. 

Bayaran Bantuan PKP3.0 adalah bayaran tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September nanti.

Hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan juga memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan juga moratorium. Sedikit kelegaan buat mereka yang terjejas pendapatan semasa PKP ni.

Senarai Bantuan PKP 3.0

  1. Tambahan RM500 : Isi rumah pendapatan bawah RM2500
  2. Tambahan RM300 : Isi Rumah pendapatan bawah RM5000
  3. Tambahan RM100 : Bujang
  4. GKP turut dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 yang akan memanfaatkan hampir sejuta PKS
  5. Moratorium untuk B40 atau yang terjejas dengan pilihan, kelulusan automatik selama 3 bulan ATAU pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan. Hubungi bank masing masing
  6. Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 diberi kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing pada bulan Julai.
  7. Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi
  8. Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan ambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021. Gaji ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19. 
  9. Lanjutan diskaun bil elektrik untuk sektor yang terjejas
  10. Potongan sewa pemilik bangunan dan ruang niaga.
  11. Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran.
  12. Lanjutan Program Subsidi Upah selama sebulan
  13. Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  14. Pengecualian Duti setem HOC dilanjutkan hingga 31 dec 2021
  15. Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021
  16. Peruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19
  17. RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
  18. Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan
  19. Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)
  20. Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
Bermula 1 Jun 2021, boleh tebus eWallet RM150 untuk golongan belia dan pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) yang berumur 18-20 tahun.

Semoga dengan adanya bantuan tambahan ni dapat meringankan beban. Harap juga kita akan mendapatkan kejayaan menang perang COVID-19 selepas lockdown ni. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu frontliner yang berjuang sampai sekarang.

22 comments:

  1. Ada byak bantuan kerajaan bagi.. semoga dapat meringankan beban rakyat.. nice sharing kak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat RM100. Lepas lah beli barang dapur sikit.

    ReplyDelete
  3. Harap dapat ringankan beban mereka yang terjejas.

    ReplyDelete
  4. bila ada subsidi mcm ni, bertambah la keje kita wakkkk ...huwaaaa mana derang cekau duit ni huuh

    ReplyDelete
  5. Semoga bantuan yang diberikan dapat digunakan sebijak mungkin dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. No 8 tu paling setuju. Harap-harap semua pihak yang terjejas dapat dibantu dengan sebaiknya. Harap lockdown kali ni berjaya

    ReplyDelete
  7. Alhamdullillah, ada juga bantuan untuk menampung hidup sesiapa yang berkenaan. Ini inisiatif yang perlu disyukuri.

    ReplyDelete
  8. dengan bantuan ni, semoga dapat bantu golongan yang terjejas

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. walaupun tak sangkut kat kite sis :)

    ReplyDelete
  10. semoga bantuan yg diberi dapat meringankan beban :)

    ReplyDelete
  11. Semoga bermanfaat bagi yang menerimanya.

    ReplyDelete
  12. semoga dapat ringankan bagi mereka yang terjejas.
    yang penting syukur.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. banyak bantuan kerajaanbg, tp satu pun eca xlayak. hahahah sabar je lah ye kannn. dapat bonus nanti alhamdulillah.

    ReplyDelete
  14. Syukurlah ada jugak bantuan.. kan... Ya Allah, hapuskanlah Covid 19 ni dari bumiMu secepatnya ya Allah yang maha Mendengar . Amin...

    ReplyDelete
  15. moga membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  16. Nice sharing fiza..haritu pm ckp xbpe jelas..

    ReplyDelete
  17. Banyak ye rupa-rupanya. Banyak juga bantuan yang Ai tak tau.

    ReplyDelete
  18. Moga bantuan PKP ini memberi manfaat untuk golongan yang disasarkan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.