Hadiah Dah Sampai Dengan Lajunya

Pin! Pin! Assalamualaikum, Azhafizah. Jawab salam. Terus bergegas buka pintu. Macam biasa, saya suruh letak atas tembok je selepas confirm nama parcel tu saya punya.

Pernah jadi sebelum ni sebut nama saya tapi tengok tengok dia tinggalkan parcel nama orang lain. Mujurlah satu taman je. Nombor rumah sama, silap jalan je.

Sebelum tu saya dah buat report kat DHL tapi sampai ke sudah tak ada khabar berita. Sudahnya saya contact tuan punya parcel dan rupanya parcel kami tertukar.

Tunggu DHL call semula sampai ke sudah tak ada call lansung. Terpaksa saya hantar barang orang tu dan ambil barang saya sendiri.

Parcel yang sampai harini guna pos laju. Semalam pengirim pos, harini dah sampai. Hadiah sampai dengan lajunya. Kira laju lah pos laju buat kerja. Alhamdulillah parcel sampai dengan selamat.

Hasil dari perasmian pembukaan bungkusan parcel, inilah dia yang saya dapat. Macam-macam ada.
  • poskad Taiwan map
  • 2 sachets nescafe latte caramel
  • keychain kebaya tradisional
  • magnectic bookmark unicorn
  • fridge magnet London
  • coaster Hello Kitty
  • Shawl
  • Sheetmask Bluebery
  • kad raya

Hadiah Top Komentator Blog Nina Cik Suka Taip

Semua hadiah ni kiriman dari blogger Nina Cik Suka Taip sempena jadi top komentator 2019 & 2020, 2 tahun berturut-turut. Segan pulak rasa. Tak sangka pulak berturut turut. Apapun rezeki dari hasil berblog. 

Ada masa kita tinggalkan komen, tak ada masa nak jengah pun tak sempat. Tapi bila ada masa saya akan komen secara pukal. Maaf kalau ada blog yang tak sempat saya balas kunjungan. 

Top komentator Blog Nina

Terima kasih banyak-banyak Nina bagi macam-macam hadiah. Saya perasan ramai blogger dapat hadiah daripada Nina juga. Semoga dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaaminnn...

Tak sabar nak buat air nescafe latte caramel tu.



20 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Hahahaa betul2 fizah antara blogger yg akan tgl jejak secara berjamaah hehehe.. 😁 Kdg k ret pun x smpt nk reply semua komen2 tp mmg akan baca setiap komen yg org tglkan 😊

    ReplyDelete
  2. Waaaaa seronoknya dapat hadiah! Banyakkkk pulak tu kak nina bagi, rezeki tak pernah salah alamat kann kak fiza :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah..semoga murah rezeki Nina..

    ReplyDelete
  4. seronoknya terima hadiah.
    jom tukar link bloglist.
    kembaraminda7.com
    tq

    ReplyDelete
  5. wah fiza, tahniah jd top komentator 2 tahun berturut. keep up the good work

    saya pon pernah jd, parcel org laen sampai kat umah saya, maen tinggal depan umah jer. masalahnya laen kawasan perumahan. nak call courier takde no plak. last2 saya msg owner. dia dtg amik sendiri...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Fizah. Saya pun dapat. Memang laju pos laju

    ReplyDelete
  7. menarik dan meriah hadiahnya fiza! Tahniah fiza :)

    ReplyDelete
  8. bestnye dapat hadiah.. kita susah nak dpt hadiah...huhuhu

    jemput singgah sini https://saripkay.com

    ReplyDelete
  9. Tahniah, Fiza! Meriah hadiah Nina bagi :)

    ReplyDelete
  10. Comels hadiahnya, dari macam-macam negara! hehe..tahniah Fiza :)

    ReplyDelete
  11. Fuhhh, tahniah, tahniahhhh! Seronok ada rezeki gini ...Siap kad raya ek...Saya pun nak singgah ler blog beliau....

    ReplyDelete
  12. Tahniah! Rezeki sampai ikut jalan lurus tanpa liku heheheee.

    ReplyDelete
  13. Wah 2 tahun jadi pengomen tegar. Hehe. Alhamdulillah cepat sampai. Akak punya lambat sampai risau dibuatnya.

    ReplyDelete
  14. wowww! tahniahhhhh! banyak hadiahnyaaa tuu. tahniah ^^

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Meriah hadiahnya..
    Tahniah Fiza..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال