Header Ads

Drama Jangan Ganggu Jodohku

Jangan Ganggu Jodohku, drama melayu bersiri lakonan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae yang akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Jangan Ganggu Jodohku adalah adaptasi novel karya Umie Nadzimah.

Drama Jangan Ganggu Jodohku MegaDrama Astro Ria

Drama : Jangan Ganggu Jodohku
Jumlah episod : 24
Tarikh tayangan : akan dikemaskini
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Orangetree Production

SINOPSIS JANGAN GANGGU JODOHKU

Mengisahkan kehidupan Aliza yang sering dihantui oleh Saka. Aliza akan bermasalah jika dia berusaha untuk berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya.

Aliza mempunyai satu keistimewaan, dia boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza pula jatuh cinta pada Doktor Imran yang dibenci oleh Abu.

Imran seorang doktor yang berfikiran moden. Sikapnya yang sombong dan riak dengan ilmu perubatan yang dimilikinya. Imran tidak percaya dengan kisah mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang yang warak. 

Mulanya Imran tidak suka pada Aliza tetapi berubah namun selepas dia mula mencintai Aliza. Dia cuba mempertahankan cintanya pada Aliza supaya tidak diganggu oleh Abu.

PELAKON JANGAN GANGGU JODOHKU

Shaza Bae sebagai Aliza
Yusuf Bahrin sebagai Dr.Imran
Norreen Iman sebagai Shahida
Amerul Affendi sebagai Abu
Salina Saibi sebagai Saka Makcik Lempeng
Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
Hasnul Rahmat
Ku Faridah
Rosli Rahman Adam
Azizah Mahzan
Shah Iskandar
Zalfa Zin

SINOPSIS NOVEL JANGAN GANGGU JODOHKU

Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!

Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.

Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!

Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.

Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.

Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.

Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

15 comments:

  1. Dari segi sinopsis jalan cerita drama ni macam best . Tak sabar nak tengok

    ReplyDelete
  2. drama baru lagi hehee, tak terkejar nk menonton hahaa

    ReplyDelete
  3. Selamat menonton dan moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Akak dah baca novel ni rasanya. Nanti nak tengok ceritanya pula lah.

    ReplyDelete
  5. Cover novel tu cantik. Boleh la try tengok bila dia tunjuk kat tv nanti. :)

    ReplyDelete
  6. wah! menarik ni..tapi kol 10 malam..ala takot la nak tengok

    ReplyDelete
  7. Novel umie nadzimah ni biasanya boleh tahan jugakkk.
    Sinopsis punn not bad, pasal saka. Macam menarik! :)

    ReplyDelete
  8. Wow.. ini ganti Love Elsa ek... Macam nice ... Siap kena ganggu bagai....

    ReplyDelete
  9. tjuk mcm best je..tgok nama pelakon mcm x familiar sgt..sampai google pelakon tu sape..haha..ramai pelakon baru yg x kenal sgt..sis tgok drama msti tgok pelakon dlu..klu pelakon suam2 kuku je mmg x layan sgt drama tu..huhu..pelakon lama jgk best tgok :)

    ReplyDelete
  10. Menarik ada watak jin juga. Lain sedikit jalan cerita.

    ReplyDelete
  11. 'tajuk dia menarik! adakah sy kenaaa beli novel ni satu. hikhik

    ReplyDelete
  12. Novel dia sha dah baca.. best dan kelakar.. macam manalah agaknya drama dia nanti..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.