Header Ads

Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Terputus Bekalan Makanan

Habis bekalan makanan, tak ada duit untuk beli makanan dan keperluan atau perlukan bantuan? Jangan malu untuk kibarkan bendera putih di depan rumah. Jangan berputus asa. Kibarkan bendera putih di depan rumah biar orang sekeliling, jiran-jiran atau sesiapa juga nampak akan menghulurkan bantuan.

Nampak bendera putih, jika berkemampuan bolehlah menghulurkan bantuan. Dalam situasi terdesak akibat terputus bekalan makanan atau ada masalah yang mereka hadapi, sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan bantuan.

Mungkin mereka malu untuk menyatakan secara terbuka. Jadi, dengan kempen kibar bendera putih ni sedikit sebanyak membantu mereka. Faham, sesetengah dari kita tak suka meminta minta. Dengan cara ni, mereka tidak pendam untuk meminta tolong.
Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Terputus Bekalan Makanan
Sumber : Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional


Semoga ada yang datang membantu. Dengan cara kibarkan bendera putih ni juga dapat mengurangkan stress dan beban mereka yang terkesan akibat pandemik. Tengoklah betapa banyak kes kematian bunuh diri akibat tertekan dengan pkp, pandemik dan ada yang dijangkiti COVID-19.

14 comments:

  1. Alhamdulillah...semoga ada yang dapat manfaat dari usaha ni..ameen

    ReplyDelete
  2. yelahh..nak meminta-minta, rasa segan..kena gerakkan khidmat masyarakat yg cakna dgn mereka yg susah time pandemik ni..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...kita sama2 membantu mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  4. Oooo... baik. Baru tahu tentang ni. Boleh kita sedekah pada yang memerlukan.

    ReplyDelete
  5. tetiba rs sebak..
    semoga dipermudahkan segalanya..
    insyaAllah.. sama2 kita bantu.. =')

    ReplyDelete
  6. Bagus juga idea tu.. Semoga yang terkesan, jangan segan silu memohon pertolongan. Insyallah, ramai yang boleh membantu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.
    Rakyat Malaysia memang sentiasa prihatin dan sentiasa bermurah hati menghulur bantuan.
    Cuma kadang-kadang ada yang terlepas pandang sebab tidak tahu. Syukurlah ada kempen kibarkan bendera putih! Mudah-mudahan segala kesukaran hidup dapat di atasi.

    ReplyDelete
  8. Betul tu kak fiza, sekurang kurangnya dapat membantu mengurangkan beban bagi orang yang betul betul memerlukannnn. Harap harap tak ada yang ambik kesempatan dalam situasi sekarang ni. Semoga dipermudahkan segala urusan semua orang. Aamiin.

    ReplyDelete
  9. smoga dipermudahkan segala bantuan utk yg memerlukan

    ReplyDelete
  10. Haah lagipun orang lalu lalang dapat tahu secara tidak langsung.

    ReplyDelete
  11. sedihnyaaa. walaupon sy laki bini x boleh keje n tak bergaji. inshaallah boleh survive lagi, moga moga terus sabar.

    ReplyDelete
  12. Kan.. ramai yg terkesan, tapi sedikit malu nak meminta ...

    ReplyDelete
  13. Ramai yg perlukan duit nk meminta tlg tu segan. Harap dpt dibantu

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Kempen yang bagus.. Sekarnag rakyat kena bantu rakyat kan Fiza..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.