Telefilem Sumpahan Orang Putih 'SOP'

Sumpahan Orang Putih 'SOP', sebuah telefilem melayu 2021 bergenrekan seram lakonan Sara Ali, Dayang Areeda, Coki, Qody Rani dan ramai lagi. Sumpahan Orang Putih 'SOP' ditayangkan pada Sabtu ini 19 Jun 2021, jam 9:00 malam di Astro Citra.

Telefilem Sumpahan Orang Putih 'SOP' Astro Citra Exclusive

TELEFILEM SUMPAHAN ORANG PUTIH 'SOP'

Waktu siaran : 19 Jun 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios
Penulis skrip : Maisurah Abd Rahim

SINOPSIS SUMPAHAN ORANG PUTIH 'SOP'

Kaseh, seorang gadis yang terperangkap di sebuah chalet milik Richard Benson. Beberapa orang pekerja Mr Benson juga terperangkap di situ disebabkan oleh sumpahan Mr Benson sendiri. Mereka telah mencuba pelbagai usaha untuk dia keluar dari situ tetapi tidak berjaya.

Kaseh dan penghuni yang lain cuba untuk merungkai misteri tempat itu yang memerangkap mereka yang mempunyai masalah keluarga. Saksikan macamana mereka boleh bebas dari sumpahan orang putih ini.

PELAKON SUMPAHAN ORANG PUTIH 'SOP'

  • Sara Ali
  • Qody Rani
  • Dayang Areeda
  • Coki @Muhammad Danish Daniel
  • Tuan Asmawi
  • Hamdan Senario
  • Arie Zaharie
  • Farisha Irwayu
  • Juliana Evans

22 comments:

  1. Oh agaknya orang putih itu maksudnya orang Inggeris/mat salleh. Mula-mula macam tertanya-tanya tajuk itu macam nak ikut cerita sumpah orang minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep maksudnya Orang putih/mat salleh. Tajuk dia ada banyak tanda tanya

      Delete
  2. Menariknya cerita misteri mcm ni..shida suka tgk..tp kat astro la pulak..rumah xde astro fiza heheee

    ReplyDelete
  3. Tajuk macam kelakar rupanya seram. Wah.. Kalau Sara Ali berlakon mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..habis idea agaknya fikirkan tajuk yang sesuai. Sara Ali berlakon best lah kan

      Delete
  4. Baca tajuk pon dah lawak ni.hehe kene tengok niii 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk macam buat orang confused pun ada kan. Selamat menonton.

      Delete
  5. Terbayang lembaga penuh cat warna putih, rupanya orang putih mat saleh hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..mulanya ingat macam tu jugak. Rupanya mat salleh maksud dia.

      Delete
  6. Shortform cerita ni dah macam SOP yang covid tu, standard of procedure hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, sama betul. Mesti orang dok teringat hantu SOP covid.

      Delete
  7. Tajuk pun nak dari berbagai orang.. Tak tertonton lagi heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk pun macam keliru sikit. Kalau minat boleh tengok, tak minat boleh skip tengok drama lain pulak. Hihihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.