Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK

Arwah Pak Mat, Lif & AJK, sebuah filem melayu terbaru lakonan Joey Daud, Tauke Jambu, Jalil Hamid, Ropie, Wafariena Roslan dan ramai lagi. Filem satira komedi Arwah Pak Mat, Lif & AJK mula ditayangkan pada 10 Jun disaluran 480 Astro First di bawah arahan Khir Rahman.

Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK

FILEM ARWAH PAK MAT, LIF & AJK

Tarikh tayangan : 10 Jun 2021
Penulis skrip : Aloy Paradoks, Haris M. Nor
Pengarah : Khir Rahman
Produksi : Excellent Pictures, Cinemalaya Studios

SINOPSIS ARWAH PAK MAT, LIF & AJK

Menceritakan tentang seorang pekerja kilang yang bernama Nordin yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal bersama dengan bapanya di tingkat 25 Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. 

Suasana di Flat Seri US sedang meriah dan hangat kerana sedang berlangsung pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim seterusnya. Kmeudian berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli ahli yang lain.

Berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah mereka ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. Keadaan bertambah kecoh apabila lif di rumah pangsa mereka rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

Berbagai halangan dan cabaran dihadapi oleh Nordin untuk membawa turun jenazah bapanya dalam isu yang sedang terjadi di Flat Seri US.

PELAKON DAN WATAK

  • Joey Daud sebagai Nordin
  • Taukeh Jambu sebagai Norman
  • Wafariena sebagai Ayu
  • Jalil Hamid sebagai Pak Mat Tahir
  • Ropie sebagai Shamsul
  • Anas Ridzuan sebagai Nan
  • Man Raja Lawak sebagai Mat Be
  • Wan Gegau sebagai Pak Mat
  • Che Mat Raja Lawak sebagai Tai Burung
  • Tapai Raja Lawak sebagai Usop
  • Nizam Jentik-Jentik sebagai Sudin
  • Souya sebagai Zaidi Metal
  • Kimmy Low sebagai Adam Sahar
  • Shendo Kiut sebagai Abang Lif
  • Douglas Lim sebagai Ah Cai
  • Sathia sebagai Praba
  • Sheila Mambo sebagai Mak Intan

14 comments:

  1. Perghhh pernah bygkan klu ada org meninggal kat flat yg tinggi.. Lif plak xde.. Seksa nyaaa...

    ReplyDelete
  2. wah mesti best cerita ni dapat bayangkan kekecohan yg terjadi

    ReplyDelete
  3. Naim dah tonton . Storyline mendatar kak berbanding trailler tetapi mesej hendak di sampaikan jangan kita berebut kuasa jika tidak pandai mengurus situasi mendatang. :)

    ReplyDelete
  4. Ooo, kat astro first. Jenuh juga meninggal di flat tinggi dan lif rosak.

    ReplyDelete
  5. Jenuhhhh nak bawa turun kalau lif rosak tuuuu, naya pak karim hahahaha

    ReplyDelete
  6. Allah! Tak dapat bayangkan macamana usung jenazah bawa turn dari tingkat 25!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasa kekalutan dan serabut yang berlaku.

      Delete
  7. Banyak pengajaran dan semua berkaitan dgn kita dan sekeliling kita.terbaiklah pengarah

    ReplyDelete
  8. Banyak sindiran yang disampaikan melalui filem ini..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.