Drama Terlerai Noktah

Terlerai noktah, sebuah drama terbaru 2021 bergenre psiko thriller . Drama Terlerai noktah episode 1 akan mula ditayangkan pada 26 Ogos 2021 di slot Samarinda TV3. Menampilkan pelakon Nabila Huda, Aidil Azizi, Raysha Rizrose, Azhan Rani dan ramai.

Drama Terlerai Noktah Slot Samarinda TV3

DRAMA TERLERAI NOKTAH

Jumlah episod : 9
Mula tayangan : 26 Ogos 2021
Waktu siaran: Isnin-Jumaat, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS TERLERAI NOKTAH

Zaira (Nabila Huda) terpisah dengan adiknya Hani (Ainul Aishah) sejak 20 tahun yang lalu. Selepas 20 tahun kemudian, polis menjumpai Hani dalam keadaan terikat di sebelah bayi dan mayat suami Hani yang terbakar mukanya.

Hani disahkan menghidapi Post-traumatic stress disorder (PTSD) dan Amnesia, malah terdapat satu nota yang meminta Hani di hantar ke hospital jiwa milik suami Zaira iaitu Dr Rudi ( Aidil Aziz). Namun Hani tidak mengaku bahawa Zaira adalah kakak kandungnya.

Kehadiran jururawat baru bernama Jasmine (Raysha Rizrose) pula menimbulkan ketidakpuasan hati pada ketua jururawat di situ iaitu Rania (Atikah Suhaimie) yang mempunyai rahsia yang disembunyikan.

PELAKON DAN WATAK

  • Nabila Huda sebagai Zaira
  • Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi
  • Watie Sadali sebagai Laila
  • Hariz Hamdan sebagai Fariz
  • Atikah Suhaime sebagai Rania
  • Raysha Rizrose sebagai Jasmine
  • Ainul Aishah sebagai Hani
  • Duerra Mitilda sebagai Zaira
  • Azhan Rani
  • Muntazar Ghufran
  • Mia Deen
  • Shyrim Husni
  • Aresya Rania
  • Elmy Moin
  • Zoul Muhammad
  • Kazar Abd Razak

8 comments:

  1. Wahhhh ada nabila huda lahhh, jumlah ep punnn sikit, nanti boleh lah try tengokkk macam mana dramanyaa hehehe :D

    ReplyDelete
  2. Nabila Huda ni memang aktif berlakon, tapi saya jaranglah pula tonton lakonannnya akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  3. Siapalah yang jadi psiko dalam cerita ini.

    ReplyDelete
  4. Drama Psiko psiko ni harus kutontonnn.. Saved..

    ReplyDelete
  5. Wow drama psiko. Mesti trending nanti

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.