Drama Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita, drama melayu TV3 terbaru lakonan Aedy Ashraf , Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sarah Hildebrand dan ramai lagi. Drama Kisah Cinta Kita episod 1 mula bersiaran pada 26 November 2021, Isnin-Jumaat jam 7:00 malam. 

Drama Kisah Cinta Kita TV3

DRAMA KISAH CINTA KITA

Jumlah episod : 28
Mula tayangan : 26 November 2021
Waktu siaran: Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis skrip : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : A. Aida Production Sdn Bhd

SINOPSIS KISAH CINTA KITA

Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. 

Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. 

Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.

Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. 

Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.

Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. 

Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju.

Demi ibunya, Aleesa terpaksa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. 

Apakah yang akan berlaku nanti?

PELAKON DAN WATAK

  • Aedy Ashraf sebagai Amer
  • Amelia Henderson sebagai Aleesa
  • Ikmal Amry sebagai Zuhairi
  • Daniella Sya sebagai Maria
  • Hazman Al-Idrus sebagai Putra
  • Maria Farida sebagai Hanisah
  • Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ramzi
  • Khaty Azian sebagai Datin Laila
  • Arash Mohd sebagai Malik
  • Adriana Ghafar sebagai Asma

LAGU TEMA (OST) KISAH CINTA KITA

Lagu : Berakhirlah Pencarianku
Penyanyi : Ernie Zakri & Hafiz Shuib
 
Lagu : Duri
Penyanyi : Ahmad Syafiq



12 comments:

  1. macam best je gandingan Aedy dan Amelia :)

    ReplyDelete
  2. Tidak terikut perkembangan drama Melayu.

    ReplyDelete
  3. Dahhh lama tak nampakkk sarah hildebrand berlakon, last drama apa ekkk

    ReplyDelete
  4. wah! sy kena tengok nii.nampak best :)

    ReplyDelete
  5. Oh.. ni ganti drama sekarang eh.. Ok.... noted .. Lama x tgk sarah tu berlakon... sejak free hair haritu..

    ReplyDelete
  6. Tengok Aedy Ashraff masih terbayang dia pelakon kanak-kanak. Hehe

    ReplyDelete
  7. Amelia skrg aktif berlakon semula. Lawa dia

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.