Tragedi Eskalator

Tuesday, July 28, 2015

Semalam berlaku lagi satu tragedi eskalator yang telah meragut nyawa seorang ibu. Sebelum ni pun dah banyak kita dengar berita tragedi maut berkaitan dengan eskalator yang mangsa kebanyakkannya adalah kanak². Ada yang jatuh, ada yang tersepit dan macam² lagi. Tak sanggup nak ingat dan nak letak gambar kat sini.

Salah siapa? Tak tahu nak salahkan siapa. Kadang² disebabkan kecuaian ibu bapa itu sendiri dan ada juga disebabkan eskaltor itu sendiri tak selamat untuk digunakan. Bila berlaku kes yang terbaru ni, naik seram jugaklah nak menggunakan eskalator kat shopping mall.

Kadang² tu rasa seram bila eskalator tu berbunyi macam nak runtuh..Imaginasi masa ni memang tinggi. Takut kalau perkara yang buruk berlaku. Memang berdoa selalu moga² Allah melindungi kita dan kita selamat hendaknya.
tragedi-eskalator
Sumber gambar dari google
Seorang wanita maut akibat terjatuh ke dalam eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Hubei, China. Mangsa bagaimanapun sebelum itu sempat menyelamatkan anak lelakinya. Wanita berusia 30 tahun itu dilihat menaiki eskalator bersama anak lelakinya kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan. Apabila sampai ke tingkat atas, ketika mereka hendak memijak lantai, ia tiba-tiba berlubang, menyebabkan mangsa terjatuh ke dalamnya. Si ibu segera menolak anaknya keluar dari lubang dan disambut oleh pekerja pusat membeli-belah. Bagaimanapun wanita itu gagal diselamatkan dan maut di tempat kejadian.
Apa yang berlaku sebelum ni jadikan pengajaran buat ibu bapa jangan terlalu careless. Yang berlaku semalam, jadikan pengajaran supaya keselematan di utamakan di mana² tempat pun. Lepas ni setiap eskalator kena sediakan tangga juga nampaknya. Dan harap² design eskalator lebih menitik beratkan soal keselamatan.
tragedi-eskalator
Sumber gambar dari google

22 comments

  1. serius ngeri akak tengok video kt news mlm tdi..nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg takut tgk videonya,selamat anaknya sempat diselamatkan

      Delete
  2. Pemantauan eskalator mesti digiatkan..

    ReplyDelete
  3. Takut pulak nak naik escalator bila baca kisah ni

    ReplyDelete
  4. eskalator yg berrlubanggg, seramnyaaaa, mane boleh berlubang tetiber, ni xde org buat laporan awal2 la tuhhhhhh

    ReplyDelete
  5. Nona pernahh, kain tersepit kt tepi tuuuu,, hmm, kain kembang la kann...

    risau terlucut dan risauu kalau tersekat smpai trjtuh bwh, sgt risauuu, nauzubillahhh,, sejak tuu, memg behati hati, kalau pkai kain, nona duk tgh2 eskalator tuuu, fobia pn iye, sobssss ! pkai suar pnjg, jarang sekalii.huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg fobia kalau jd mcm tu,cn pun kalau pakai kain naik eskalator,duk imagine tersangkutla

      Delete
  6. mmg ngeri kan tgk video tu.xleh byg mcm mn wanita tu semasa ditarik ke dlm eskelator tu..adeh la..bahaya btl..tu mmg mslh eskelator lah bukan slh wanita tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,wanita tu elok je berjalan,tiba2 berlubang lantai tu

      Delete
  7. Semoga dapat dijadikan iktibar utk kita semua

    ReplyDelete
  8. Tak sanggup nak tgk video tu...
    sedih laaa...rasa nak menangis...
    lepas ni naik tangga laaaa....(eh..mampu kah kita nak naik tangga tinggi nie)

    ReplyDelete
  9. wife ada cerita pasal tragedi ni.. tapi serius afzal tak berani nak tgk videonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. video nya ok lagi boleh ditengok,cuma kesian sgt dkt wanita tu

      Delete
  10. bahayanye ... nk naik tangga malas .... rsiko kena la tanggung

    ReplyDelete
  11. ada jugak tengok berita nih semalam.. ngeri plak rasa nak naik eskalator lepas ni..

    ReplyDelete
  12. nauzubillahi min zalik..seram rasa..asib baik bukan kt malaysia..tp still kena hati2 jgk..

    ReplyDelete
  13. mana2 pun boleh berlaku kemalangan,minta dilindungi dari Allah SWT dari bencana macam ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.