Air Orange Sunquick Sirap Selasih

Thursday, July 02, 2015

Keadaan cuaca panas memang sesuai minum air orange sunquick sirap selasih ni. Sebab selasih boleh menyejukkan badan. Eh, tapi tunggu berbuka nanti baru boleh minum. Sebelum tu boleh prepare air orange sunquick sirap selasih ni dulu ye untuk berbuka nanti. Nak buat pun senang je.

Bahan² : Orange Sunquick, Sirap, Gula, Biji Selasih

Cara penyediaan : Bancuh air macam biasa campur orange sunquick & sirap dalam nisbah 1:1 dengan gula ikutla nak manis atau kurang manis. Sementara bancuh air tu boleh rendam biji selasih dengan air panas untuk kembangkan dia. Bila dah kembang boleh campurkan dalam bancuhan air yang dah siap tadi. Nak lagi sedap tambah ais.
air-orange-sunquick-sirap-selasih
Hirisan lemon sekadar hiasan.

Cuba tengok campuran air orange sunquick dengan limau ni, cantik warnanya. Rasanya memang sedap rasa orange dalam masa yang sama rasa sirap. Eh, ntahlah yang pastinya rasa memang sedap. Nak tahu rasanya macamana kenalah cuba.

Resepi eksperimen sendiri. Tak tahulah kalau memang ada resepi air ni. Saja cuba buat then macam rasa best pulak. Mana tahu kot korang pulak suka kan. Kalau siapa tak suka selasih tu tak perlu letak pun takpe. 

6 comments

  1. Wah selasih..favorite PC..kruk...kruk..

    ReplyDelete
  2. uihh, sedap n berkhasiat ~~~~ x pernah try, boleh mix2 buah ni, haha~
    buat lg resepi air please, x-)

    ReplyDelete
  3. 3-4 hari last week mr.asben teragak nak beli air kat param.
    sedap! alhamdulillah...
    sirap selasih... orange selasih... and satu lagi kaler ijau ada selasih gaks...
    ingat lagi syuhada tanya, "ayah ape benda biji biji ni, telur katak ekk?"
    aduhai anak hi hi hi...

    and kebetulan semlm aida buat sirap limau, guna limau kasturi aje :)

    ReplyDelete
  4. kitorang panggil air mereng = merah + oren..haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.