Header Ads

Raya Dulu Vs Raya Sekarang

Raya Dulu Vs Raya Sekarang banyak bezanya. Kebanyakkan yang lama telah dilupakan dan tidak dibuat zaman sekarang. Telan dek zaman katanya. Bila zaman dah berubah, adat dan cara lama makin dilupakan.

Kalau dulu mak kita susah payah buat kuih sendiri je tak de yang beli. Sekarang senang je, beli terus. Kuih tunjuk² je. Yelah, wanita zaman sekarang wanita bekerjaya tak sempat nak buat semua kuih. Sikit² bolehlah kan.

raya-dulu-vs-raya-sekarang

Dulu bila puasa penuh dapatlah ganjaran duit raya sehari RM1, kalau puasa penuh dapatlah banyak duit. Tapi zaman sekarang puasa penuh je dapat bermacam jenis gajet..mintak je. Ataupun mak bapak dah berjanji nak belikan kalau puasa penuh.

raya-dulu-vs-raya-sekarang

Duit raya zaman dulu kalau dapat RM1 kira banyak dah tu. Zaman sekarang bagi RM1 tu pun rasa macam tak bernilai je. Kecewa dapat RM1 ye? Kena ajar anak² erti bersyukur tu dan jangan ajar anak mintak duit raya.

raya-dulu-vs-raya-sekarang

Fesyen juga berubah mengikut trend. Kalau dulu perempuan pakai kurung dan lelaki pakai baju melayu tapi sekarang lelaki perempuan pakai jubah dah. Ini takde masalah pun kan. Pakai jubah pun ikut sunnah. Tapi berfesyen biar berpada jugak.

raya-dulu-vs-raya-sekarang

Zaman sekarang dah kurang orang berbalas kad raya, dengan adanya teknologi dan internet dah boleh hantar ucapan melalui social media. Cepat sampai dan lebih jimat. 

raya-dulu-vs-raya-sekarang

Zaman sekarang ni dunia anti social di mana². Dah kurang budak² main mercun dan bunga api. Mereka lebih suka menonton TV sebab sekarang macam² cerita raya ada. Tapi rasanya ni cuma segelintir je la kot? Budak² tetap suka main bunga api dan mercun. Belum puasa dah main mercun dah rasanya.huhu

raya-dulu-vs-raya-sekarang

Ini satu lagi, dulu sibuklah tempah baju raya bulan puasa. Memang tak membeli. Tapi sekarang kalau tempah bulan puasa, raya haji pun belum tentu dapat. Kena tempah beberapa bulan sebelum puasa, itupun kadang² ada yang tak siap. Orang sekarang lebih suka beli sebab taknak berlaku kes baju tak siap dan lebih senang beli dah siap dan lebih jimat.

raya-dulu-vs-raya-sekarang

Ini yang bakal kita lihat nanti. Wifi tu lagi penting ye? 
raya-dulu-vs-raya-sekarang
Sumber gambar dari facebook Siakap Keli

Walaupun berubah zaman, yang lama jangan dilupakan dan jagalah adab² ketika menyambut hari raya dan beraya di rumah orang. Rindu pulak zaman raya dulu² kan?

10 comments:

  1. selamat hari raya Fiza.. baru jer tengok kat FB tadi.. itulah bezanya raya dulu ngan raya sekarang..

    ReplyDelete
  2. Tersangatlah jauh bezanya...salam lebaran Fiza..

    ReplyDelete
  3. seronok kan raya dahulu..
    cuba amalkan lagi agar² tak luput dek zaman..

    ReplyDelete
  4. bagi nona, raya tetap kena raya, even tak meriah cm dulu, kalau time main mercun, bunga api2, memg ajak budak2, sebab meriah bile dorang teruja tgk kita mainnn, nona akan bwk bunga api byk2, cukup la dua hingga tiga raya, kalau main 5 org, haha~ mercun pun, nasiblah adik nona tahu main mercun, dpt melayan gak, walau x rmai sdre balik time rayaaa hr tuuu ~

    ReplyDelete
  5. Adik nona, suke kumpul duit ghayaaa, pasal tu dy akan ikut g beraya, haha~ MOTIF betol, tp okaylah, xde r duk rumahhh je, tgk tv yg mcm2 rancangan bile raya, kan,,, hehe

    ReplyDelete
  6. Banyak benor beza raya dulu dan jugak raya sekarang kan Fiza...Zaman dah berubah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.