Pengisian Ramadhan #25 : Jaga Pancaindera

Sunday, July 12, 2015

Berpuasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, tapi berpuasa juga menjaga seluruh pancaindera kita dari perkara² yang dilarang Allah SWT. Menjaga hati kita agar tidak sibuk dengan urusan duniawi sahaja. Kita perlu menjaga mata hati kita agar selalu mengingati Allah SWT dan tidak dilalaikan oleh perkara² yang menjauhkan kita dari-Nya supaya amalan kita dapat diterima di sisi Allah.
pengisian-ramadhan-25-jaga-pancaindera
Sumber gambar dari google

Dalam berpuasa kita perlu menjaga seluruh pancaindera:
  1. Menahan pandangan mata dan menjaga hati dari lalai mengingati Allah SWT. 
  2. Menjaga lidah dari bercakap perkara yang sia-sia, mengumpat, berbohong selain menahan dari makan dan minum. 
  3. Mencegah pendengaran kita dari mendengar hal-hal yang dilarang Allah seperti fitnah.
  4. Mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari segala hal yang boleh membawa dosa. Demikian juga makanan dan minuman yang subhat ketika berbuka.
  5. Tidak berlebih-lebihan sewaktu berbuka puasa dan tidak mengikut nafsu yang mana boleh menyebabkan pembaziran. 
  6. Menutup aurat supaya amalan berpuasa kita mendapat pahala dan berkat.
Ada banyak perkara lagi yang perlu kita jaga pancaindera kita supaya kita lebih menghayati bulan Ramadhan dengan sepenuh hati, dengan  seluruh jiwa kita, hati dan pancaindera serta anggota tubuh lain dari hal-hal yang dapat merosakkan nilai-nilai ibadah kita. 

Semoga ramadhan yang penuh berkat ini kita hayati dengan sentiasa mengingati Allah SWT  supaya ramadhan diakhiri dengan  membawa pengampunan dari Allah SWT. Aamiin...

7 comments

  1. Betul tu kak... Semoga sentiasa memperingatkan diri

    ReplyDelete
  2. betul betul betul. time kocik2, selalu fikir puasa hanya menahan lapar & dahaga. hee :)

    ReplyDelete
  3. Dgn ramadan yg berrbaki ni, smg terus berjuang mndpt redhaNYA, semua kena jaga, kita takla suci time ramadan, tp tetap usahkan, cuba mnjge amalan baikkk :)

    susah tp cuba :)

    ReplyDelete
  4. setuju tu,ukur baju di badan sendiri,tak perlu berbelanja berlebihan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.