Responsive Ad Slot

Slider

Tips Duduki Rumah Yang Baru

Nak pindah masuk rumah baru ni ada juga cara dan adabnya. Di sini ada beberapa tips untuk duduki/tinggal di rumah yang baru.
Ada yang nak pindah rumah baru ke raya nanti? Tak kiralah rumah sewa baru atau rumah yang baru siap pun asalkan rumah yang baru, yang kita baru nak duduki/ tinggal. Nak pindah masuk rumah baru ni ada juga cara dan adabnya. Di sini ada beberapa tips untuk duduki/tinggal di rumah yang baru.
tips-duduki-rumah-yang-baru
Sumber gambar dari google

Tips Duduki Rumah Yang Baru
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Moga Allah melindungi  kita sentiasa selama mana kita tinggal di rumah baru dengan mengamalkan tips duduki rumah yang baru ini. Begitu juga kalau bermalam di sesuatu tempat macam hotel, homestay dan sebagainya. Dimulakan dengan bismillah dan disusuli dengan doa...
12
( Hide )
  1. dan kalau boleh ajaklah jiran2 mai makan..boleh rapatkan sillaturahim, bukan kunci pagar dan tutup pintu ye tak

    ReplyDelete
  2. org sekarang main terjah jer mask rumah baru..:)

    ReplyDelete
  3. dulu selalu pindah rumah. tiap kali pindah kitorg buat cmni la lagi2 duk rumah lama. lps pindah baru tahu ada org cite rmh tu dulu ada org bunuh diri. ntahlaaaaaaaaaaaaaaaaa =.=

    ReplyDelete
  4. Amalan itu sepatutnya berterusan. Nice sharing fiza..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus untuk kepada yang kurang mengetahui..

    ReplyDelete
  6. umah baru siap, fiza.
    tapi lambat lagi nak dok.
    mau renovate dulu.
    tips semua ni in shaa Allah aida nak ikut...

    ReplyDelete
  7. mmg betul kena ikut adab.. baru rasa selamat dan dilindungi..

    ReplyDelete
  8. nona, n kwn2, even duduk dalam 6 - 7 bulan jer, rumah sewa tuu, tp sebab sebelum disewa, memang dh lama dilelong kan~kmi tetap buat majlis doa selamat, haha, siap jemput jiran2 area situu,
    untung lah dpt jiran2 yg berfamily, sje x sewa dekat2 ngn kwn2 sama U, hehe~ lg best, prihatin ok :)

    rindu pulakk kenangan lalu dah berlalu tuuu, sobsssss >_<

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu