Pengisian Ramadhan #23 : Zakat Fitrah

Friday, July 10, 2015

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

pengisian-ramadhan-23-zakat-fitrah
Sumber gambar dari google
Syarat Zakat Fitrah
  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Kewajipan zakat fitrah
  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Hukum Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah.
Hikmah Zakat Fitrah
Sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan yang kotor, dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin.

Siapakah Yang Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah
Yang wajib mengeluarkan zakat fitrah ialah orang muslim yang merdeka yang sudah memiliki pendapatan melebihi keperluan dirinya sendiri dan keluarganya untuk kehidupan seharian. Di samping itu, ia juga wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk orang-orang yang menjadi tanggungannya seperti isterinya dan anak-anaknya,

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2015M / 1436H untuk setiap negeri di Malaysia. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing.

Kadar Zakat Fitrah 2015 Bagi Negeri Seluruh Malaysia
Negeri
Kadar Zakat Fitrah
Kelantan
RM7.00
Terengganu
RM4.60, RM6.80 & RM7.40*
Pahang
RM7.00
Perlis
RM6.50
Kedah
RM7.00
Pulau Pinang
RM7.00
Perak
RM7.00
Selangor
RM7.00
Negeri Sembilan
RM6.50
Melaka
RM6.70
Johor
RM5.00 & RM8.00*
Sarawak
RM7.00
Sabah 
RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan
RM7.00
*Untuk Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut gred beras. Credit -malaysiatercinta.com

Alhamdulillah dah selesai husband bayar zakat fitrah untuk kami berdua.
Zakat Fitrah

4 comments

  1. Sama2 menunaikan zakat fitrah ..........

    ReplyDelete
  2. sama2 tunaikan tanggungjawab kan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... selesai sudah tunaikan zakat tahun ini

    ReplyDelete
  4. rukun Islam jgn dilupakan, Byk ganjarannya, takkan miskin bila membayar zakat fitrah :)
    inshaALLAH

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.