Pengisian Ramadhan #17 : Mengurangkan Waktu Tidur

Saturday, July 04, 2015

Amboii tahulah cuti janganlah ambil peluang untuk memperbanyakkan tidur tapi sepatutnya kita perlu mengurangkan waktu tidur dalam bulan Ramadhan ni. Kalau asyik tidur, tidur dan tidur mana nak datangnya pahala ibadah yang sepatutnya masa tidur tu kita boleh buat amal ibadah yang lain.

Tahulah penat tapi itu bukan alasan untuk kita tidur di siang hari pada bulan Ramadhan. Tak dinafikan kalau dah tertidur confirm ada yang terbabas. Terlepas waktu solat terutamanya. Dah tambah dosa pulak sedangkan bulan ramadhan waktu yang terbaik untuk kita tambah puasa. Kalau dah tidur je, mana pengisian ramadhannya kan. Fikirkanlah...
mengurangkan-waktu-tidur
Sumber gambar dari google
Sedangkan Rasulullah SAW mengurangkan waktu tidurnya yang memang sangat sedikit itu untuk memperbanyak ibadah.
Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan
“Sekiranya kamu tidur (banyak) siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat (masyarakat); jika kamu tidur (banyak) malam, kamu melalaikan hak Allah.” 
Oleh kerana itu haruslah kita mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika bukan sepanjang hari. Serta elakkan dari tidur selepas sahur dan selepas solat subuh. Sama²lah kita beringat.

8 comments

  1. Betul tu fizah, asal cuti je dlm kepala nak tudur je.. Hihi

    ReplyDelete
  2. memang..kalau cuti dan tiada buat apa-apa semua dalam otak mesti ingat tidur jak..

    ReplyDelete
  3. tak pernah dpt merasa tidur siang walaupun hari cuti.. macam² nak kena buat! tp mmg elok kurangkan tidur dan lebihkan ibadah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah tu kak..nanti malam dapat tidur yang berkualiti sebab badan dah penat buat kerja siang kan :) sihat

      Delete
  4. Mmg tak dpt tidur yg cukup... Ngam-ngam je... Lima atau enam jam skrg ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.