Header Ads

Design Rumah Kampung Moden

Lumrah hidup orang kampung, jika dah berjaya sekalipun dah pasti hari tua nanti nak duduk kampung jugak. Sebab apa? Sebab suasana kampung lebih tenang tanpa kesesakan di bandar, udara nya pulak bersih tak tercemar seperti di bandar. Kan? Memang sesuai untuk bersantai dan berehat.

Kalau Fiza, suka dua². Nak duduk kampung dalam masa yang sama duduk kat bandar. Tengah² boleh? Tapi lebih kepada kampung lah. Sebab suka kawasan kampung ada tanah yang luas boleh tanam macam², laman yang luas boleh buat landskap, boleh reka bentuk rumah sendiri dan macam² lagilah.

Tapi dalam masa yang sama Fiza nak bila tinggal kat kampung, tak terlalu jauh terpencil dan kalau boleh nak dekat jugaklah dengan bandar untuk kemudahan² yang diperlukan macam bank, hospital dan semua yang diperlukan. Gitu? Ada bandar dan kampungnya.

Bila bercakap pasal kampung, dah tentu kita akan teringat dengan reka bentuk rumah kampung. Rumah papan, atap zink dan sebagainya. Itu dululah... Sekarang rumah kampung pun dah moden. Jarang nampak rumah papan, semua rumah dah bertukar batu.*bukanlah macam kisah si tanggang menjadi batu tu.

Sebabnya sekarang pun dah serba moden, harga kayu pulak dah semakin mahal. Itulah antara penyebab kenapa ramai yang membina rumah batu. Tapi Fiza nak share satu design rumah yang gayanya macam rumah kampung tapi telah dimodenkan dengan menggabungkan dari papan dan batu.

Cantik, sederhana dan mendamaikan. Mesti seronok bersantai dengan family.
design-rumah-kampung-moden
Sumber dari facebook
Apa pendapat korang tentang rumah ni? 

13 comments:

  1. rumah kampung best lagi, suasana yang aman damai, susah nak jumpa dekat bandar rumah yang aman damai..hehe penuh dengan riuh kenderaan dan paling penting dekat kampung ni bole bercucuk tanam sebab tanah sendiri, kalau dekat bandar semuanya duduk dekat apartmen..*dayah la tu..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best..sebab kawasan luas boleh bercucuk tanam tu..tanah pun banyak tak perlu membeli dan kena tanam dalam pasu pulak tu kan..takpe, kita doa moga² ada rezeki beli tanah di kampung :)

      Delete
  2. Kombinasi yang bijak..moden tapi nilai tradisionalnya tetap kekal..

    ReplyDelete
  3. ok bah fiza design rumah macam ni..nampak smart..

    ReplyDelete
  4. cantik rumah tu..
    duduk kg mmg syok, aman damai je

    ReplyDelete
  5. Cantik design rumah tu... Tapi sy suka design umah papan... Guna papan.. Sebab sejuk.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah papan memang sejuk..tapi waktu malam lagi super sejuk..cuma kalau cuaca panas waktu siang dia panas sikit kan kak :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.