Pengisian Ramadhan #29 : Elakkan Berhutang

Membuat persiapan raya adalah sebagai tanda meraikan kejayaan melawan hawa nafsu selama sebulan berpuasa di dalam bulan ramadhan. Walaubagaimanapun tuntutan agama itu perlu dilaksanakan dalam keadaan yang bersederhana dan tidak membebankan.

Apa yang kita nampak zaman sekarang asal nak raya je semua nak tukar baru sampai ada yang sanggup berhutang dek kerana mengikut hawa nafsu sangat tanpa sedar yang sepatutnya kita perlu elakkan berhutang bukan sahaja di dalam bulan ramadhan untuk persiapan raya malah untuk hari hari mendatang juga.
Elakkan Berhutang

Perbuatan berhutang sekaligus tidak mencerminkan kejayaan latihan amalan kawalan nafsu di bulan ramadhan. Ini membuktikan bahawa puasa yang dilakukan sebulan masih belum berjaya menundukkan hawa nafsu itu. Hari raya adalah tanda kesyukuran, melahirkan perasaan gembira, membentuk semangat persaudaraan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Dan bukanlah hari untuk menunjuk² dan berlebihan.

Apepun adalah lebih baik jika dapat mengelakkan diri daripada berhutang. Amalan berhutang banyak mendatangkan keburukan jika tidak dikawal dan tidak berhati-hati.

Sabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (Riwayat Abu Daud)

11 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. masa minta hutang , mulut manis bak bertanam tebu di pinggir bibir...

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. tak payah berhutang semata2 nak nampak gah ketika raya.. beli sekadar yang mampu, jangan membazir.. itu yang penting.. terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. tak payah berhutang semata2 nak nampak gah ketika raya.. beli sekadar yang mampu, jangan membazir.. itu yang penting.. terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
  4. biarlah bersederhana dlm beraya.. tak perlulah sampai berhutang kan..

    ReplyDelete
  5. hutang sy dgn MARA amat banyak skrg niyy, sobsssss ! huhuu~

    sebab tu, kene bersederhana je skrg............. doa dipermudah dan dimurahkan rezeki. amin !

    ReplyDelete
  6. Hutang WAJIB dibayar, mcm mne pun, hidup harus diteruskan, :)

    ReplyDelete
  7. setuju tu,tak perlulah bermegah dgn berhutang

    ReplyDelete
  8. Dah berhutang kenalaaa bayar ..Takkan tahu berhutang jer bila nak bayar tak tahu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال