Pengisian Ramadhan #27 : Berazam dan Beramal

Bulan ramadhan merupakan bulan rahmat di mana bulan ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik² bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya betul² menghayatinya dengan sungguh-sungguh. 

Bulan ramadhan bakal berakhir beberapa hari lagi, sebaiknya kita hayati bulan ramadhan kali ini dengan amalan² sepatutnya dan lebih memberi makna.
Credit image : Rusydee Artz
Jika ramadhan kali ni kita banyak melakukan amalan² kebaikan, Ambillah manfaat darinya dengan berazam dan beramal supaya akan datang kita akan menjadi lebih baik dan sentiasa mengingati Allah SWT.

Untuk itu selagi masih di dalam bulan ramadhan ini, sematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan² kebaikan. Ramadhan ni tanamkan azam untuk meninggalkan noda dan dosa serta bertaubat dengan sebenar²nya daripada semua keburukan, menyesal dan tidak mengulanginya semula. 

Ramadhan adalah bulan taubat. Jika tidak bertaubat pada bulan ini bila lagi mahu bertaubat? Jadikan bulan ramadhan kali sebagai titik permulaan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.

9 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. bakal merindui ramadhan...
    bersahur... berbuka... terawikh...

    ReplyDelete
  2. Setuju..kita pelahar..ramadhan umpama madrasahnya..didik hati kepada acuan yang sebenarnya..moga terus berada dalam kebaikkan.,

    ReplyDelete
  3. Semoga malam2 terakhir bulan ygmulia ini membawa byk keberkatan utk semua :)

    ReplyDelete
  4. moga dpt menemui ramadhan akan dtg...inshaaALLAH

    ReplyDelete
  5. moga semua amalan di kita di bulan ramadan diterima dan mendapat redha Allah SWT..

    ReplyDelete
  6. semoga bulan Ramadan ni dibawa kemuliaannya ke bulan lain,
    semoga perubahan ini sampai ke bulan2 seterusnyaaa, Allahuakbar :)

    ReplyDelete
  7. Semoga kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan akan datang

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال