Servis Kereta Sebelum Raya

Lagi seminggu lebih kita bakal menyambut Hari Raya kan. Sebelum tu kenalah buat persediaan untuk balik ke kampung terutamanya servis kereta sebelum raya. Penting sangat untuk kita pastikan kenderaan yang kita naiki dalam keadaan baik untuk pulang ke kampung dan beraya nanti.

Bila kenderaan dah diservis, dapat mengelakkan dari masalah kerosakan di tengah jalan, kemalangan dan sebagainya. Sekaligus dapat mengurangkan jammed sebab selalunya jammed juga berpunca dari kenderaan rosak di tengah jalan.

Kalau nak balik ke kampung dengan lancar sebelum pulang beraya, kenalah servis kereta sebelum balik kampung atau sebelum raya. Selain itu, rancang perjalanan balik kampung dalam masa yang terbaik untuk elakkan jammed.

Alhamdulillah semalam husband dah settle servis kereta. Habis juga dalam RM1++. Bab servis kereta ni memang sentiasa ikut mileage yang ditetapkan. InshaAllah kalau maintenance kereta dijaga mesti kereta terjaga dalam tempoh masa yang lama. Kalau tahu guna je tapi tak check, tak maintain memang asyik² rosak je la. Sekali rosak memang habis duit banyak. So jagalah kenderaan yang ada dengan sebaik mungkin.

Dah settle servis, perodua staff bagi gift sempena raya. Dapatlah sampul duit raya dan kuih raya ni. Rezeki servis kereta di musim perayaan.

servis-kereta-sebelum-raya

Kalau belum servis kereta tu, pergi servis cepat² dan make sure macam biasa buatlah appointment dulu. Kalau walk in memang jenuh la nak menunggu turn kalau ramai.

12 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. kampung cik en dekat je.. tp tetap jugak servis kereta apa yg patut.. klu nk save better check sndri.. tapi pertukaran minyak hitam mmg kena hantar bengkel la..

    ReplyDelete
  2. fizah akak dah terima kad raya dari fizah, terima kasih banyak-banyak...

    yer penting untuk servis kereta sebelum musim perayaan, tak nak apa-apa perkara berlaku....

    ReplyDelete
  3. cik nor lps raya baru servis..milleage tak ckup lagi..:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah yong pun dah servis keta. mlm raya br dpt balik kg..huhu

    ReplyDelete
  5. wah, perodua bagi sampul duit raya. nak pergi servis la mcm ni. hikhik. *walaupun kerete baru je servis bulan lepas :P *

    ReplyDelete
  6. Dapat ole ole dari perodua ye..moga selamat dalam perjalanan kita semua..

    ReplyDelete
  7. dah service senang.. boleh fikir perkara lain pulak.. ;)

    ReplyDelete
  8. Wah dapat sampul duit raya dan kuih raya gtuu..Untung jugak tu g servis kereta di musim nak raya ni..

    ReplyDelete
  9. nona balik rye kedua, tetibe tgk tayar ade probsss!
    nasib lah kedai tayar tu bukakk, skrg susah gak nk jumpe kdai yg bukak time hr rye, cina india, sme2 rayaaaa, hahaa~ zaman skrg ler~

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال