Air Sejuk Vs Air Panas

Thursday, July 30, 2015

Suka mandi air panas atau sejuk?? Mana² pilihan pun ada kebaikannya. Tapi janganlah pulak masa cuaca tengah panas nak jugak mandi air panas. Memang mintak kulit melecur agaknya. Musim panas ni memang jarang mandi air panas. Tapi kalau waktu pagi takde air panas gigil nak mandi. Ketap gigi je la..

Cerita pasal air panas ni. Dulu masa sekolah, rumah takde water heater pun. Rumah papan, ade air dalam kolah tu. Sejuk ya amat. Memang pepagi sanggup masak air panas dulu dari mandi air sejuk. Tapi sekarang dah besar tak kisah air sejuk ke panas. Cuma bila dah ada water heater memang prefer mandi air panas le waktu pagi.

air-sejuk-vs-air-panas


Kalau musim panas ni pulak, rasa nak berendam dalam air sejuk je la. Kalau ada ais kiub lagi bagus. hihi..
Tips cuci muka : Kalau cuci muka basuh air dengan air suam untuk buka pori² muka.Kemudian bilas dengan air sejuk untuk tutup kembali pori² tu. InshaAllah dapat jaga kulit dengan sihat dan cantik. Cuma kena rajinlah. Tapi kekadang main hentam je sebab nak cepat mandi kan..huhu

19 comments

  1. teringat dulu masa sekolah rendah, pagi2 mak selalu sediakan air panas campur dengan air dalam bekas tadahan...

    ReplyDelete
  2. Pernah juga amal kan cuci muka dengan air suam..kemudian air batu...tapi tak lama pun..sadis..

    ReplyDelete
  3. sama lah nani pun suka sangat berendam dengan air sejuk :)

    ReplyDelete
  4. yeah, setuju ituuu tips akhir tuuu, hahaha... dh nk laju, hentam je air ape pun, jnji bersihhh,hahaa~

    kalau nona, suke air sjuk pepagiiii, rse fressshhhh, nak2 bile balik kampungg, mashaALLAH, pg2 kt nogori, sojuk amat ! tp tghari, panasss betolll,

    hmm, even singgah hotel kerrr, kan... mandi heater, then msti bilas air sojuk, hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bab hentam saja la tu tak le tahan ..hentam jer la kan hahhaa

      Delete
    2. hentam air bersihhh, tp bukan ler air manisss2, ahhahaha

      Delete
  5. huu lama xguna air pns.. cuci muka pun air sejuk..huuuu..

    ReplyDelete
  6. akak dari dulu sampai sekarang mandi air sejuk baru puas hati..lagipun kulit akak ni mudah kering tak sesuai mandi air panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha aaa kalau kulit kering bila mandi air panas lagi la kering

      Delete
  7. kalau musim hujan pun redah jugak mndi air sejuk..sb mlas nak masak air panas muahahaha..

    ReplyDelete
  8. hahah . duadua lyssa suka . panas suka .. sejuk pun suka hahaha

    ReplyDelete
  9. xdok air panas.. redha je la air sejuk ke suam yg kuar kat shower hehe

    ReplyDelete
  10. cuaca panas ni bestnya dapat mandi air sejuk. rasa nak berendam. haha

    ReplyDelete
  11. cuaca panas ni best mandi air sejuk..tp kalau mndi mlm2 pakai air suam

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.