Penggunaan Watermark Gambar

Friday, July 10, 2015

Watermark tu apa? watermark dari segi pemahaman Fiza adalah tanda yang diletakkan di atas gambar atau lagi senang faham adalah cop. *Kalau salah sila betulkan ye. Dah menjadi rutin seorang blogger mesti letak watermark kat gambar sebelum di masukkan ke dalam entry blog. Bukan setakat nak upload kat blog je. Kalau nak upload kat facebook pun dah menggunakan watermark.

Penting ke letak watermark? Penting sangat sebabnya dapat melindungi gambar kita dari dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya fake profile facebook, fake artwork dan bermacam² jenis fake yang dorang claim adalah hasil kerja sendiri dan gambar sendiri.

penggunaan-watermark-gambar

Salah satu kesalahan pengunaan watermark yang Fiza tengok  ada yang menggunakan gambar dari carian google dengan meletakkan watermark sendiri. Mentang² gambar yang dicari tu takde watermark terus claim gambar sendiri dan letak watermark. Itu salah ye. Kalau nak masukkan dalam blog sekalipun boleh tulis credit kepada google atau ada watermark kat gambar tu boleh terus credit pasal owner.

Dengan cara itu, gambar asal daripada tuan punya gambar dapat di jaga. Oleh sebab tu memang penting letak watermark kat GAMBAR SENDIRI bukan gambar yang di ambil dari orang lain. Gambar orang lain tu milik orang lain maksudnya. Kalau gambar kita di ambil dan orang letak watermark dia, dah tentu kita sendiri pun tak suka.

penggunaan-watermark-gambar

Demi menjaga hak sendiri kenalah letak watermark supaya orang tak boleh buat sesuka hati. Sama juga kaedahnya dengan mengambil testimoni orang lain untuk melariskan produk dan bermacam² lagi penyalahgunaan gambar ni. 

Letak watermark juga salah satu cara untuk promote hak milik kita juga sebenarnya. Contoh kalau orang cari sesuatu dan nampak gambar kita ada watermark tu, dia akan terus cari info dari watermark tu sendiri kan.

So watermark memainkan peranan yang penting dalam gambar. Mulai sekarang, jangan lupa letak watermark gambar memasing ye. Nak order watermark, meh order kat Fiza..ehh promote sekali pulak.

8 comments

  1. dulu akak x alert...sekarang dah alert dah...

    ReplyDelete
  2. betul tu.. lepas ni kalau idea dh kering boleh tempah dgn fiza :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. sebab tu ena suka letak watermark pada gambar sendiri.. tapi ada juga orang salah guna watermark ni.. dia ambil hasil gambar orang lain dan letak watermark sendiri... haishh macam2

    ReplyDelete
  4. betul tu kak. kite pun sekarang dah pakai watermark. itupun buat sendiri watermark tu ^^

    ReplyDelete
  5. lepasni, memg amek gmbo kt gugel, akan bgtau, smeua gmbo hasil carian dri mr google, hehehe~

    memang jarang letak watermark dlm gmbo sendiri,, huhu, tak tersempat, hehe~tahu uploaddd je, sobs !

    ReplyDelete
  6. Huhuhu buat watermark kat gambar sendiri jer huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.