Berpuasa di Zaman Kanak- Kanak

Sunday, July 05, 2015


Terkenang kembali berpuasa di zaman kanak kanak dulu masa mula berpuasa. Bermacam ragam demi nak puasa penuh punya pasal. Kalau puasa penuh kemain berlagak sembang dengan kawan. Bangga kot!

berpuasa-di-zaman-kanak-kanak

Umur 6 tahun Fiza dah mula belajar berpuasa. Darjah 1 dah puasa penuh seingat Fiza la. Itupun puasa penuh ikut pemahaman sendiri. Ye la zaman kanak² bukan tahu ape sangat yang tahu tak boleh makan dan minum sampai berbuka. Tapi apa yang  penting semangat nak berpuasa tu ada.

Yang kelakarnya bila mula belajar berpuasa tu bermacam karenah yang rata² pernah buat. Antaranya :

1. Kalau masuk bilik air, confirm sambil menyelam minum air. Apa lagi kalau tak teguk air paip tu kan. Ada tak?
2. Basahkan tuala dan letak kat badan. Nak bagi sejuk badan dan tahan puasa sampai berbuka.
3. Tak sudah² bukak peti ais nak minum air
4. Tak pernah kenal erti rasa penat bertanya mak, pukul berapa dah? bila nak berbuka?
5. Kira berapa jam lagi nak berbuka
6. Kira berapa hari lagi nak raya
7. Sibuk tolong mak kat dapur lepas tu tak tahan dengan bau lauk dan kuih.
8. Asyik mintak ngan mak nak berbuka.
9. Kalau mak mintak tolong selalu bagi alasan penat sebab puasa tapi kalau main tak tahu penat berpuasa pulak.

Haa..apa lagi ye? Ada sesiapa nak tambah? Antara korang ada tak buat macam yang disebutkan tu...mesti ada punya kan. Sebenarnya banyak lagi ragam belajar berpuasa ni. Kalau di ingatkan balik memang kelakar.

Sekarang zaman budak berpuasa di habiskan dengan gajet je so tak rasa berpuasa tu penat sangat dan tak rasa lama berpuasa..Mungkin lah. Sebab dulu paling² pun layan kartun sementara nak tunggu masa berbuka. Tapi masih rasa lambat je nak berbuka tu kan. Rindunya zaman kanak²...


6 comments

  1. Haha..tia2 teringat waktu kecik2 dulu? Kebanyakan yg kak tulis tuh..ada buat juga...hehe...=P

    ReplyDelete
  2. palig win no 1..haha selalu kot buat gitu >_<

    ReplyDelete
  3. Selalu marah jam kenapa lambat pukul 7..kihkihkih..ada sekali PC bebel..mama babah..kenapatok idon tu( pak bilal) lambat nak azan haaa..tak tau ke jua nak mati ni..hahaha...mulut nganga hadap depan kipas angin..rindunya..rindu sangat..kita semakin tua..mk ayah semakin uzur..

    ReplyDelete
  4. Haha dayana selalu kira berapa jam lagi tu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.