Ayam Masak Lomak Cili Api Resepi Mak Mertuo Den

Kemain tajuk taknak mengalah. Kelas betul nama resepi dia. Ayam masak lomak cili api resepi mak mertuo den tu! Teringin pulak makan lauk ayam masa lemak cili api ni. Teringat pulak dengan resepi mak mertua yang sodap tu. Cukuplah lauk berbuka untuk hari ni. Satu lagi menu sayur campur je.

Suka masak lemak ni sebab simple je. Tapi cara mak mertua Fiza, kena tumis dulu.

ayam-masak-lomak-cili-api-resepi-mak

Cili api, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas blend. Kemudian panaskan minyak dan tumis. Titikkan beberapa batang serai dan tumiskan sekali. Dah naik bau, masukkan ayam, masukkan santan dan sedikit air. Kemudian letakkan garam dan asam keping..Jangan lupa kacau² untuk pecah minyak. Nak banyakkan portion tu boleh tambah kentang. Biarkan sehingga masak. Simple je kan?

Tak perlu nak goreng ayam dulu ke apa. Nak masak amek masa sikit. Kalau Fiza dan husband suka kalau kuah tu pekat. Lagi sedap makan. Alhamdulillah..berjaya ikut resepi mak mertua. Makanan orang negeri sembilan semua sedap². 

7 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Ermmmmm sedapnya...makan dengan nasi hangat..tak yah ada lauk lain pun dah ok..

    ReplyDelete
  2. btol, tp nona dah tumisss, ayam pn nona suke goreng sikit, hehehee,
    aihh, terliur den nk ghase, hehehe~

    dh strt kojer, tunggu free jerlah bru msak aihh, hehee~

    ReplyDelete
  3. kuninggg nii, betol2 kuningggg, terangkattt hidung i tawww, mata terbeliak tgk kekuningan tuuuuuu,hehehe

    ReplyDelete
  4. wow mengancam nih.. mesti sedap betul..

    ReplyDelete
  5. baru semalam cn buat masak lemak cili api ikan masin,mmg berdesut pedas! hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال