Pengisian Ramadhan #12 : Menghadiri Majlis Ilmu & Membaca Buku Ilmiah

Nak tambah pahala lagi di bulan Ramadhan dengan mudah, rajinkan diri menghadiri majlis ilmu dan juga membaca buku ilmiah. Menuntut ilmu adalah wajib didalam Islam. Menuntut ilmu adalah sangat penting kerana dengan ilmu, ibadah seseorang akan menjadi lebih sempurna.

Menghadiri Majlis Ilmu & Membaca Buku Ilmiah

Menuntut ilmu pulak biarlah seimbang ilmu dunia dan juga akhirat. Tak kisahlah samada menghadiri majlis ilmu atau melalui pembacaan sendiri.

Antara Kelebihan menghadiri majlis ilmu di bulan Ramadhan :
1. Pahala di gandakan.
2. Setiap langkah ke majlis ilmu ditulis oleh para malaikat dan di beri ganjaran pahala.
3. Selama duduk dalam majlis itu, akan terhindar dari perbuatan dosa.
4. Allah merahmati mereka yang yang keluar untuk menghadiri majlis ilmu.
5. Ketika orang-orang yang berada dalam majlis ilmu tersebut memperoleh rahmat, maka kita juga akan memperoleh bahagian darinya.
6. Selama mendengarkan ilmu di majlis itu, maka ianya tercatat sebagai  ibadah.
7. Ketika kita sedih kerana kurang mampu memahami ilmu yang disampaikan, maka kesedihan itu menjadi sebab untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.
8. Di majlis itu kita akan melihat kemuliaan seseorang yang berilmu dan betapa hinanya seorang pendurhaka. Akhirnya kita akan suka menuntut ilmu dan membenci perbuatan fasik.

Bulan Ramadhan ni sangat banyak majlis ilmu di mana² tempat. Jika ada peluang menghadirinya, jangan sia² kan.

7 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.