Air Nabeez Dari Kurma atau Kismis

Thursday, June 25, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Hari ni nampak viral post tentang Air Nabeez kat facebook. Nampak macam menarik untuk dicuba. Lagi pulak khasiat dari kurma dan kismis yang memang bagus. Kurang pasti kenapa namanya Air Nabeez.
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma atau kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.
air-nabeez-dari-kurma-atau-kismis
Sumber gambar dari google
Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai :
1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. Kandungan Fiber yang tinggi untuk mengelakkan kolestrol degil dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya pottassium : Penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah.

Khasiat kismis pula
Antara Khasiatnya ialah
1. Menguatkan daya ingatan
2. Mengubati penyakit lupa
3. Mencerdaskan minda
4. Memutuskan balgham
5. Membersihkan hati
6. Mencerahkan mata

Sebenarnya banyak khasiat lagi kurma dan kismis tapi cukuplah diringkas je. Yang lain boleh cari sendiri ye. Fiza share mana yang umum je. Jom ketahui khasiat Air Nabeez pulak.


Khasiat Air Nabeez
1. Air nabeez adalah minuman berakali  yang mampu membantu membuang asid dari dalam perut dan sistem pencernaan badan. Ia juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan² toksin yang terdapat dalam badan yang dinamakan detox.
2. Disebabkan Air Nabeez ni mengandungi kadar fiber yang tinggi, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
3. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
4. Juga bagus untuk pesakit Arthritis dan pesakit Gout kerana air nabeez membantu menuetralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit Gout.


Cara membuat Air Nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok²nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air atau gelas. Sebaiknya dibuat waktu petang atau malam, dan pastikan jug air atau gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum dan buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

Air nabeez boleh diminum begitu sahaja atau boleh dikisar sebelum diminum. Kalau nak buat Air Nabeez menggunakan kismis, pun boleh. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.

Tips
Kalau nak minum Air Nabeez pagi, siapkan petang atau malam. Kalau nak minum Air Nabeez di waktu malam, rendam kurma atau kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat Air Nabeez
1. Hanya gunakan salah satu daripada buah²an pada satu masa. 
2. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat Air Nabeez. Kalau nak rasa dua dua kena buat dalam bekas yang beransingan. 
3. Air Nabeez cuma boleh bertahan 1-2 hari dan dilarang minum setelah memasuki 2-3 hari. Ini kerana air rendaman kurma atau kismis melebihi 3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.

Oleh sebab itu, lebih baik buat Air Nabeez ni hanya ketika untuk diminum. Bukan untuk disimpan lama. Untuk lagi sedap boleh tambah susu ketika hendak minum. Sesuai sangat untuk dibuat minuman berbuka atau sahur kan? Selamat mencuba!

With Love, Sihatimerahjambu

15 comments

  1. Replies
    1. Selamat mencuba ya mamamursyid.., jom laa cuba buat

      Delete
  2. Pertama kali dengar ni Fiza..nak cuba buat la..boleh bubuh ais tak??air2 gini kalau tak letak ais akak tak boleh nak telan....tapi banyak khasiatnya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang share kat facebook kak.. letak dalam freezer kak semalaman..nanti sejuk la tu :)

      Delete
  3. Tak penah dgr pon selama ni..first time dgr

    ReplyDelete
  4. selalu akak just makan kurma dengan kismis je..tak pernah lagi buat air ni..insyallah..kalau benda baik..apa salahnya mencuba kan..

    ReplyDelete
  5. Pernah baca...Tp x pernah buat..Selalu terlupa...

    ReplyDelete
  6. Wahh, menarik.... drpd terbiar kurma, mkn sikit2 jer,,, bek buat air, huhu,, tQ infooo

    ReplyDelete
  7. air kurma? air kismis? kurma dgn kismis pun sye tak makan kak. inikan buat air. errrh. hehe :P

    ReplyDelete
  8. baru buat semalam..buat guna kismis je..tetiba husband pelik..hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.