Telefilem Misteri Bilik Bawah

Telefilem Misteri bilik bawah, sebuah telefilem cerekarama TV3 ulang siaran yang akan bersiaran pada Sabtu ini 3 Julai 2021 jam 10:00 malam. Misteri Bilik Bawah dibintangi oleh Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha dan ramai lagi.

Karya skrip daripada Rohaidah Haron, Khairul Anuar Mat Noor selaku pengarah dan diterbitkan oleh  ZK Creative Productios Sdn. Bhd.

Telefilem Misteri Bilik Bawah Cerekarama TV3

TELEFILEM MISTERI BILIK BAWAH

Waktu siaran : 3 Julai 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Rohaidah Haron
Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor
Produksi : ZK Creative Productios Sdn. Bhd.

SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH

Zalika sering bermimpi pelik-pelik. Mimpi tersebut kerap dan berterusan. Zalika mengesyaki sesuatu di bilik bawah yang berkunci. Ayah mentuanya melarang membuka bilik tersebut kerana mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialaminya.

Manakala Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehinggakan berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu. Apakah misteri bilik bawah tersebut?

PELAKON DAN WATAK

  • Nad Zainal sebagai Zalika
  • Zahiril Adzim sebagai Arman
  • Dynas Mokhtar
  • Roy Azman
  • Nadia Mustafa
  • PU Rizz
  • Nisha

LAGU TEMA (OST) MISTERI BILIK BAWAH

Lagu : Sumpahan
Penyanyi : Schanuril

11 comments:

  1. Alamak cite mistik ni.. Uyum mesti suka haha

    ReplyDelete
  2. Kalau nad zainal dan zahiril adzim berlakon mesti best! Minat dengan mereka berdua.
    Eh PU Rizz punn ada jugakkk ya hehehe

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan pada pelakon yang ada.

    ReplyDelete
  4. Bilik bawah tanah ke tu..hihi. seram ni.

    ReplyDelete
  5. Ehhhh, macam best.. kena save the date japp.. huhu

    ReplyDelete
  6. Bolehla layan nanti sambil tunggu bola start. Takde drama baru dah sekarang semua ulang-ulang. Tumpang simpati pada penggiat seni

    ReplyDelete
  7. Haa... misteri apa pula tu ye. Dunia kita ni banyak benda-benda ghaib.

    ReplyDelete
  8. Semalam tgk separuh lps tu layan anak hmm memang me time tu tak ada haha

    ReplyDelete
  9. Rasa macam dah pernah tengok ke tak.. tak sure.. tapi suka lakonan nad zainal ini..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.