Tips Mudah Untuk Sejukkan Rumah Ketika Musim Panas

Wednesday, April 06, 2016

Musim panas Malaysia ni kalau dah panas, lain macam bahang dia. Pakai air cond pun boleh berpeluh! Bayangkan lah. Itu untung lagi ada air cond, yang ada kipas je mesti lagi bahang terasa. Pengudaraan dalam rumah kalau tak bagus, itu yang jadi bertambah panas.

Bukan siang je panas, malam pun sama. Kekadang tu sampai tak boleh tidur. Nak buka tingkap, mendatangkan bahaya pula tengah malam buka tingkap. Sudahnya kipas syiling dan kipas berdiri bergabung kerja kuat kaki kipas kami. Fuhh..itupun masih panas.

Ini baru ujian sikit dah tak tahan. Ish ish..banyakkan bersabar. Biar cuaca panas jangan hati panas. Nak sejukkan rumah ketika panas ada caranya. Ni saya kongsikan dari perkongsian Fanpage Cempedak Cheese

Cara sejukkan bilik tanpa penghawa dingin
1. Letakkan besen berisi air di bilik


Bilik akan menjadi sejuk apabila wap-wap panas akan serap oleh air.

2. Pasang Jaring Kelambu & buka tingkap pada waktu malam.


Cara ini tak disarankan sebab untuk keselamatan, samada di kampung mahupun bandar. Tapi nak cuba, boleh.

3. Guna lampu yang kurang mengeluarkan haba


Lampu jenis florescent menghasilkan cahaya terang tapi mengeluarkan haba yang sikit.

4. Pokok ekor kucing boleh sejukkan rumah



Boleh juga cuba tanam pokok bunga sirih gading pun sejuk jugak kot kan?

5. Warna cerah dinding rumah dapat pantulkan haba


Gunakan warna cerah untuk memantulkan cahaya dan menjadikan rumah jadi sejuk sikit.

6. Jauhkan penghawa dingin dari Tv dan Komputer

Kalau ada air cond kat rumah tu jauhkan kedudukan TV & komputer dari air cond. Kalau tak, bila semua dekat-dekat bergabung jadi panas.

Bolehlah cuba cara cara untuk sejukkan rumah di waktu musim panas ni. Mana tahu ada yang berhasil. Tak salah mencuba, kan?

17 comments

  1. akak pun ada bercadang nak beli ekon..tp tu la macam membazir sebab baru je beli air cooler..akak nak buat la cara pertama tu..letak air dalam besen

    ReplyDelete
  2. ufftt...memang panas lately ni..nak tido pun payah...baguslah ada tips ni

    ReplyDelete
  3. wah, bagus tipsnya ni.. tq for the info yer ;)

    ReplyDelete
  4. Cukup bulan panas hati pulak tengok bil mencanak sebab air cond siang malam terpasang..heheh..

    ReplyDelete
  5. tq for sharing
    anum dah cuba cara pertama memang menjadi

    ReplyDelete
  6. air dlm baldi tu MG penah try tapi macam tkde effect je ..hehe

    ReplyDelete
  7. Terima kasih tip, sis... Saya letakkan besen atas baldi berisi air dalam bilik sahaja sepanjang waktu ni :-)

    ReplyDelete
  8. kelambu tu buat aida rimas.
    mcm terkepung aje kat dlm tu.
    pernah ada kelambu besar, pakcik hadiahkan utk anak2 aida.
    hmmmmm angin x masuk la! masa tu umah x pasang air-cond lagi.

    ReplyDelete
  9. nice tips :D
    http://nnakhairudin.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. bekas berisi air tu ada juga buat kat rumah..

    ReplyDelete
  11. wah menarik juga tu..musim pns ni pkaian pun msti tukar, pki yg nipis2 & short. pki bju itam & gelap mmg wat rse bertmbh pns. (b)

    ReplyDelete
  12. Ha menarik entri ni. Yang pertama tu nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  13. Bekesan tak letak bekas isi air dalam bilik ? Nak try la

    ReplyDelete
  14. Bagus tips ni. Kena cari pokok ekor kucing letak dalam rumah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.