Singgah Penang Wajib Naik Ferry Dan Balik Ikut Jambatan Kedua Penang

Friday, April 15, 2016

Balik dari Thailand, rehat dulu semalam lagi kat Lovina Homestay Perlis. Kiranya bermalam 2 malam kat homestay tu. Sebab tu harga dapat murah sikit. Keesokannya nak balik rumah, abah mertua ajak ke Penang. Nak merasa lalu jambatan baru ( Jambatan kedua Pulau Pinang-Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ) katanya. Anak anak turutkan je permintaan. Lagipun alang alang dah lalu Penang tu kan. Sekali lalu je la.

Nak ke seberang pulau, naik ferry je. So tak perlu lah nak lalu jambatan Pulau Pinang yang pertama tu. Bolehlah driver berehat kejap dan sesambil tu menikmati sama² permandangan laut yang cantik ni. Orang kata, sampai ke Penang wajib merasa naik ferry kan. Ini dah kali keberapa naik ferry dah ni?? Kalau pergi Penang mesti naik samada pergi atau balik. Kali ni merasa duduk bahagian bawah 

Bila dok bahagian bawah ni dekat sangat dengan air.

Tak ketinggalan, jangan lepaskan peluang ambil gambar. 
Berdua

Bertiga

ataupun bereempat!

Sesampai di seberang Pulau, kononnya nak makan nasi kandar kat Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa tapi kecewa sebab nasi dah habis. Fiza makan maggie goreng dan yang lain makan nasi campur je. Selepas makan, singgah di Masjid Kapitan Keling untuk solat.

Selesai semuanya terus gerak balik melintasi Jambatan  kedua Penang.

Jambatan kedua ni tak selurus jambatan pertama. Jambatan kedua ada curve dan buatkan jambatan ni unik. Plus, ada pembahagi jalan untuk penunggang motorsikal. Lebih selamat macam tu kan.


Alhamdulillah selamat sampai di rumah walau lambat sebab jammed sana sini. Letih tu tak yah lah cakap lah kan. Esoknya tambah lagi sehari cuti untuk betul betul dapatkan rehat yang cukup. 

6 comments

  1. memang bestkan...bila la gamaknya nak ke sana

    ReplyDelete
  2. yang dekat ni pun tak naik lagi jambatan kedua tu..

    ReplyDelete
  3. org penang mcm saya pon tak naik lg jambatan tu sbb jauh dr rumah. selalu guna first tak pun ferry. still nampak bangunan penang sentral dlm pembinaan

    ReplyDelete
  4. lAma xdrop komen sini...

    xpernah lagi lalu jmbtn kedua ni..

    sernokkan naik feri tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.