Fesyen Baju Raya 2016

Wednesday, April 27, 2016


Puasa pun belum dah fikir raya pula kan. Sekarang pun masing masing dah sibuk tempah baju raya. Fiza pun dah hantar kain kat favourite tailor tapi masih blur tak tahu nak buat baju apa sebenarnya. Tengok kat instagram/facebook, banyak butik dah memperkenalkan fesyen baju raya 2016 ni dan masing masing dah buka untuk pre-order raya.

Bagi yang tak tempah baju tu, bolehlah buat pre order di mana mana butik yang berkenan. Kalau terlambat nanti melepas pula. Di sini Fiza kongsikan beberapa butik yang Fiza rasa berkenan dengan fesyen fesyen baju raya yang ada. 

Tahun ni calaqisya menampilkan fesyen baju yang sangat cantik dan rare di pasaran. Macam biasalah signature calaqisya di kenali ramai oleh peminat fesyen. Akhir akhir ni calaqaisya banyak keluarkan fesyen kain jenis printed berbanding dulu hanya plain colour. Tergoda pula dengan fesyen baju raya calaqisya tahun ni. 
Credit photo : calaqisya
Credit photo :calaqisya
Tak ketinggalan, butik Radiusite juga mengetengahkan fesyen baju raya yang cantik dengan fesyen terkini. Warna pun menarik. Fesyen baju raya yang ada sedikit kelainan untuk tahun ni. Ada juga baju sedondon dengan anak anak.

Credit photo : radiusite
Credit photo :radiusite
Credit photo : radiusite
Lagi satu butik kegemaran Fiza, Butik Rayyan Haya menampilkan fesyen muslimah yang menepati citarasa muslimah. Menampilkan warna warna pastel yang buat korang rambang mata nak pilih mana satu sebab semuanya cantik cantik.

Credit photo : Rayyanhaya
Fiza nak memperkenalkan satu lagi butik yang baru di buka iaitu Jasmeen Apparel. Terkenal dengan flare skirt yang cantik dan terlajak laris tu. Sekarang ada buka pre order untuk women kurta dan men kurta

www.facebook.com/jasmeenapparel
whatsapp ke 019-7728262
Credit photo : Jasmeen Apparel
Credit photo : Jasmeen Apparel
Okay, cukup setakat ni dulu perkongsian Fiza untuk fesyen baju raya 2016. Kalau ada lagi, nanti Fiza tambah okay. 

7 comments

  1. tahun ni saya tak tempah baju raya sebab dah banyak yang readymade dalam wardrobe. so tema tahun ni, pakai mna ada. tapi memang cantik gila rekaan baju raya calaqisya and butik2 lain. plan nak pakai untuk majlis bertandang sebenarnya ni :D

    ReplyDelete
  2. semakin cantik.
    semakin berfesyen.
    yg penting = tutup aurat :)

    ReplyDelete
  3. cantik-cantik semua baju tu. Raya tahun ni belum fikir lagi nak pakai warna apa :D

    ReplyDelete
  4. tailor kak Alycia bulan 3 dah tutup tempahan.. mmg kena hantar awal..

    ReplyDelete
  5. sekarang macam banyak pattern kembang belah bawah ek

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.