Header Ads

Musim Ular Masuk Rumah

Akhir akhir ni banyak betul cerita tentang ular. Ular masuk rumah, ular dalam tandas, dapur rumah, dalam kenderaan dan baru baru ni juga murid sekolah maut akibat patukan ular. Bila dengar cerita macam tu, jadi risau tak bertempat kat rumah ni. Lagi lagi bila nak ke tandas tu, tengok sekeliling kot ada 'Cik U' dalam tandas. Paling penting, flush dulu sebelum membuang.

Dalam musim panas ni, reptilia berdarah sejuk kebiasaanya mencari tempat yang sejuk untuk menyejukkan badan. Jadi, kena berhati-hatilah melihat sekeliling dalam dan luar rumah. Tak kisahlah ular tu berbisa atau tidak. Sebut pasal ular je dah rasa takut, apatah lagi berhadapan. Memang tak cukup tanah nak lari. Kadang kadang terbawa bawa fikir sampai mimpi. Kalau mimpi ular tu dah lain maksudnya kan. Tapi anggap je mimpi mainan tidur. 

Sebagai langkah berjaga jaga, amalkan doa menghindari haiwan berbisa semoga kita terhindar dari haiwan yang berbisa dan dilindungi oleh Allah SWT. Aaminnn...
Credit Photo : Tanda Amaran Mata Bermasalah
Dan sekiranya berlaku kejadian di patuk ular, boleh ambil langkah langkah bantuan kecemasan ini.
Kredit foto : Facebook Ustaz Dr. Riduan Mohammad Nor
Nak tidur pun jadi takut semacam. Pantang dengar bunyi sikit dah mula curiga. =__='

3 comments:

  1. betoi tu kak, tmbh2 klau umah kpg.dengn semak lagi.tndas kat luar pulak..huhuk..

    ReplyDelete
  2. sentiasa aida ingat kan anak2.
    berhati-hati. jaga kelakuan.
    menakutkan...

    ReplyDelete
  3. nak gi bilik air pun takut tau...hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.