Design Facebook Timeline Cover House Of Stevia

Thursday, April 14, 2016

Sebelum bercuti, biasanya Fiza akan settlekan tempahan yang ada. Tak nak lah customer tunggu lama. Tapi kekadang tu, ade je order masuk masa hari bercuti tu. Terpaksalah hold order sampai habis cuti. Maaf ye terpaksa tunggu. Fiza memang tak ambil urgent order. Orang yang bersabar je boleh order dengan Fiza. Tu syarat utama ! Yang nak cepat, yang tak sabar jangan order sebab Fiza bukan robot.

Bukan tak boleh buat kerja dengan cepat tapi kalau dah banyak order, mana mampu Fiza nak siapkan sekali dalam hari yang sama kan. Otak dan badan perlukan rehat juga. Nasiblah semua customer faham dengan syarat utama tu. Nak design bukan mudah walaupun yang simple design. Kalau nak cepat, korang buat sendiri. Tengok cepat ke tidak korang siapkan satu design tu. Opsss..terbebel pula.

Untuk design facebook timeline cover House of Stevia ni paling mudah Fiza berurusan. Fiza buat dua draft dan ini pilihan draft yang dipilih kemudian touch up sikit draft yang Fiza buat terus owner setuju. Alhamdulillah..Allah memudahkan kerja Fiza. Fiza design ikut tema hijau daun stevia tu. Owner pun nak design simple je. Yang penting katanya nak ada daun stevia, perkataan House of Stevia dan contact number. Siap!


kalau korang mencari cari produk berasaskan stevia, boleh terjah page

www.facebook.com/malaysiastevia

1 comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.