Gubahan Bunga Materose Yang Super Cantik!

Monday, April 25, 2016


Tersuka dengan sengaja semua gubahan bunga dari Materose yang super cantik ni. Bukan satu dua je yang cantik tapi semua pun cantik! Kalau diberi pilihan untuk memilih, memang ambil masa nak memilih. Rambang mata oiii nak pilih mana satu!

Tapi sayang, semua ni kedai bunga materose ni di Korea. Jauh sangat kan! Tenggelam harapan nak dapat satu. Uhuk uhuk..Saja kongsikan kat blog, manalah tahu bagi idea untuk kedai kedai bunga buat macam ni atau pelanggan nak request kat kedai bunga kan. Boleh juga hadiahkan untuk orang yang tersayang. Untuk birthday ke kan. 

Sekarang pun dah musim konvokesyen. Boleh buat style macam ni untuk para graduasi. Mesti dorang suka sangat dengan hasil gubahan bunga macam ni. 

Jenis jenis bunga yang ada pun cantik dan segar je. Walaupun berlainan jenis bunga, gubahan bunga tetap cantik. Takde yang tak cantik. Kalau perempuan merajuk dapat hadiah bunga ni, confirm tak jadi merajuk. Kan?

Gabungan warna pink dan putih memang cantik.

Satu lagi kombinasi warna yang sangat menarik. Sesuai untuk peminat pink macam Fiza.






Kombinasi warna merah dan hitam memang terbaik. Menyerlah warna bunga ros merah tu.

Gubahan bunga yang lain pun semuanya cantik cantik juga. Ikut selera warna masing masing.








Paling simple pun menarik juga.
Selain itu, gubahan bunga dalam bakul pun cantik sangat.


Terbaik hasil kerja mereka di Materose Florist ni. Mana satu pilihan hati korang? Nak tengok hasil kerja dorang yang lain, terjah link di bawah.

www.facebook.com/materosechloancake

credit photo : materosechloancake

11 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.