Bumble Bee dan Optimus Prime di Penang

Sunday, August 02, 2015


Mood bercuti hampir tamat. So update la sesikit untuk entry short trip bersama family. Lepas pekena pasemboq satu pinggan besar RM49 tu kat Padang Kota terus menjejaki bumblebee dan Optimus Prime di Espalane, Penang. Berdekatan dengan Food Court Padang Kota Lama.

Jalan kaki dalam beberapa minit je tapi berpeluh jugaklah sebab cuaca panas. dapat jugaklah bertentang mata dengan bumble bee dan optimus prime ni. Sebenarnya ini adalah pameran untuk orang awam melihat dari dekat. Takdelah dekat mana pun, sebab berpagar. So ambil gambar dari luar pagar tu je la. kalau takde pagar, mahu sehari dah jahanam sebab kena terkam dek orang ramai.

Katanya pameran ni sehingga September. So, sesipa yang datang penang bolehlah tengok. Orang penang anytime je boleh pergi kan. Dapat amek gambar okaylah dari takde lansung.



9 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.