Powerbank Pineng Murah Original di 11street.my

Friday, August 07, 2015

Lepas dapat voucher RM20 dari 11streert.my hadiah top komentator blog suriaamanda, terus shopping beli Powerbank Pineng Murah Original di 11street.my. Tanpa berlengah lagi kita terus shopping. Bukan apa sebab nanti dok simpan terus lupa.

Dari lupa baik shopping siap². Sebenarnya tak tahu nak beli apa tapi memandangkan ade berniat nak beli powerbank terus aim powerbank la. Sebelum ni ada nak beli kat shopping online ni tapi tak confident sebab banyak case kata barang tak dapat² dan kalau nak beli tempat lain takut tak original. Yang tempat original pulak mahal sikit. So simpan dulu nak beli.

Bila tengok² powerbank kat 11street.my nampak lebih murah walaupun tanpa voucher RM20 tu. Murah sikitlah dari yang Fiza tengok sebelum ni kat website yang lain. Then, kat 11street.my ni kalau barangan electronic original sebab disertakan sekali certificate. So confident la sikit nak beli tu.

Malam order, esoknya dah sampai. Cepat betul. Kira okay jugak servicenya. Cepat dan mudah nak shopping pun. Courier by pos laju. Packaging okaylah sebab guna packaging pos laju yang ada bubble wrap kat dalam. Takdelah rosak bila terjatuh parcel tu.

powerbank-pineng-murah-original-di-11street-my

Lagi satu dilengkapi dengan kotak juga. Kiranya double protection packaging la ni. Kat luar kotak ni ada QR code dan verification code untuk check samada powerbank tu original ke tidak. Dah siap check. Original!

powerbank-pineng-murah-original-di-11street-my

Disertakan sekali usb cable dan pouch powerbank.
powerbank-pineng-murah-original-di-11street-my

Pilihan Fiza of courselah warna pink. Dah siap² ada 100% full, so boleh terus guna.

powerbank-pineng-murah-original-di-11street-my

Nampaknya first experience shopping kat 11street.my terbaik! Moga dikekalkan service begini. Lepas ni boleh shopping lagi.
www.11street.my

20 comments

  1. menarik nih.. nanti nak tengok laa web nih..

    ReplyDelete
  2. Wah3, best tuuu, hehe~ slmt gune powerbankkkk~ ~

    tp skrg byk gak yg ori dh murahh, cume jenis Pineng kdg2 memang up sikit, huhuu

    love pinkkk, jeles i..... fuhh3

    ReplyDelete
  3. wahhh..cptnye..berdesuppp trs sampai..santekkk pulak tuuu..pink lagikkk..

    ReplyDelete
  4. Oh my!!! ni nak pergi beli ni... tengah mencari powerbank skrg ni

    ReplyDelete
  5. akak pun pakai power bank Pineng ni... mmg tahan lasak dan tahan lama...

    ReplyDelete
  6. wahh, boleh try lepas ni beli kat sini. hehe.

    ReplyDelete
  7. Service yang begini biasanya mengikat ht customers..

    ReplyDelete
  8. Wah menarik ni..Boleh terjah gak nnt sebab dah ada kupon

    ReplyDelete
  9. Wahh...menarik ni...akak pun tengah cari2 juga powebank ni...

    ReplyDelete
  10. Akak pun tengah cari juga powerbank ni...

    ReplyDelete
  11. cik nor xguna pn lagi voucher tu..:)

    ReplyDelete
  12. ptg skit aida nak shopping la.
    nak perabihkan kupon yg ada :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.