Idea Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

Friday, August 21, 2015

Beberapa hari lagi genap 2 tahun usia perkahwinan Fiza dan husband. Macam cepat je dah 2 tahun. So tengah mencari idea untuk sambut ulang tahun perkahwinan kedua ni. Sesiapa yang banyak idea tu mehla sikit idea bagi kat Fiza ni.

Tahun lepas cuma dinner je kat luar. Simple je. Lepak dan bersantai mengopi sekali kat Burgerbyte berdua. Takde candle light dinner bagai. Ni gaya santai kami berdua.

idea-sambut-ulang-tahun-perkahwinan

Sebenarnya dah plan sesuatu tapi tak dapat buat sebab tak kena masa. So terpaksa cancel. Itupun terpaksa postpone plan bulan depan. Itupun kalau jadilah. Terkilan sikit, tapi takpelah mungkin ada sesuatu yang lebih baik kan. Setelah menggunakan perkhidmatan Encik Google. Inilah idea² yang ada

1. Candle light dinner
2. Bagi hadiah
3. Honeymoon again
4. Buat aktiviti untuk mengimbas kembali kenangan lama bersama
5. Tengok wayang. 
6. Bersiar² bersama
7. Melalukan pelbagai aktiviti bersama² sepanjang hari.
8. Lagi special kalau masak sendiri untuk dinner bersama.
9. Photoshoot

Erm.. blur kejap. Apa lagi ye? Kalau ada idea lagi boleh drop kat kotak komen ye. Idea korang sangatlah Fiza hargai. Sambut annyversary untuk kenangan dan mengingati sejarah perkahwinan sendiri. Lebih bertambah sayang walaupun hari² sayang. Kita tambahkan lagi sayang tu. Bertambah manis semanis kurma. 

19 comments

  1. da ok dah tu dik.
    akak ni ada thn tu x celebrate pun.
    paling biasa, makan luar :)
    aida thn ni aniversari ke 12 thn in shaa Allah.
    date nyer lusa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lusa 23 hb ke kak? same pulak kita..alhamdulillah :)

      Delete
  2. saya suka no 3, dan 4 tuuu, hehehe~

    semua perkara di atas dah merangkumi semua, ade orang, saling membaca surah al quran bersama-sama, ade yg saja sewa hotel untuk sehari tu jer, ade yg tgk movie kt umah, sambil sesaja order makanan luar >_< ,

    ade yg buat majlis ulangtahun, hehe, advance bajet,boleh sajaa.... kalau tak pun,majlis kesyukurran, nak advance lg, sama2 sedekahkan something untuk anak2 yatim, buat makanan bg kt jiran, bgtau doakan kesejahteraan rumah tangga............. or hahaha, perkara yg sis sebut dah merangkumiii smuaaaa tuuh :-)

    ReplyDelete
  3. Masak dan agih pada anak2 yatim..atau bagi guddis pada kanak2..

    ReplyDelete
  4. honeymoon.. kalau blh cari pakej honeymoon ke pulau2.. siap ada candle light dinner..hehehe..

    jom join giveaway akak :)

    http://herneenazir.com/2015/08/21/giveaway-1-0-by-hernee-nazir-21-aug-31-aug-2015/

    ReplyDelete
    Replies
    1. honeymoon tak sempat nak plan kak..huhu..terima kasih untuk idea tu. nanti fiza singgah ye :)

      Delete
  5. no 3 fiza, siap da pakej candle light dinner. g honeymoon kat tmpt2 yg imbas kenangan percintaan fiza n husb..hehehe. anyway, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 2 ye.

    ReplyDelete
  6. zaza pun pening bila bab annv ni hihihi.. best jugak honeymoon tu sb seharian masing2 keje kan, so tak salah kita bercuti, nak2 time annv kita hehe

    ReplyDelete
  7. Bab sambut anniversaru suami rajin pikir dan buat kejutan.. Sy follow je

    ReplyDelete
  8. say apun baru sambut 2nd anniversary 17 ogos..hehe..samalah..:

    tapi anniversary mmg mati kutu. takde idea nak celebrate camne..huhu..thun lepas tak celebrate sebab baru bersalin, dlm pantang lg..huhu~

    ReplyDelete
  9. pegi buat sumthing yg belum pernah korang buat sama2

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.