Eksperimen Cucur Bawang Bilis Cheese

Sunday, August 16, 2015

Menu tea time petang tadi bereksperimen buat cucur bawang bilis cheese gabungan dari bahan tradisional dan western. Motif utama nak buat cucur bilis, dalam masa yang sama letak bawang dan nak bagi pedas sikit letak lada kering.

Then tetiba rasa nak makan cheese. So apakata campurkan sekali slice cheese dalam adunan tu dan goreng cucur macam ni. Jadilah begini rupanya.

eksperimen-cucur-bawang-bilis-cheese

Nampak tak ada warna hitam² tu adalah cheese yang hangus. Ye la cheese bila kena minyak panas macam hangus rupanya. So eksperimen boleh di katakan tidak menjadi kalau adunan tu cheesenya kat luar. Kalau kebetulan ada kat dalam mesti cheese leleh jadinya bila gigit tu.

So kalau nak buat jugak cucur bawang bilis letak cheese ni kena goreng cucur macam biasa. Lepas dah angkat panas² tu terus potong tengah² cucur dan masukkan slice cheese. Barulah melting. Apa yang Fiza buat tu sedap juga cuma takde cheese leleh lah.

Nasib letak cheese sikit, takdelah terkilan sangat tak dapat cheese leleh tu. Buat cucur macam biasa cuma tambah cheese je. Sonang yo.



Tepung gandum,air sejuk, telur sebiji, garam sikit, ikan bilis, lada kering,bawang dan cheese. Campur semua dan goreng.

11 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.