Nasi Goreng Ayam Cincang Cendawan Black Pepper

Sikit punya panjang dia punya menu. Phew~ Alhamdulillah selamat sampai di rumah dengan selamat. Dengan itu, berakhirlah cuti² Utara Fiza. Kalau berkesempatan baru update sikit pasal cuti sebab kurang gambar pulak. 

Sampai rumah petang tadi terus tanya husband " Nak masak ape malam ni? Nasi goreng ayam okay tak?". Husband kata okay. So sonang kojo den. Terus defrost ayam kejap. Nampak ada cendawan dan tetiba rasa macam nak tambah black pepper je. So terhasillah nasi goreng ayam cincang cendawan black pepper.
Sudu Mana Sudu? Sila faham sendiri. *tips kurus

Masak nasi goreng macam biasa. Tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili api yang wajib ada. Sebelum tu goreng dulu ayam cincang tu sebab Fiza suka dia masak dulu. Lepas dah tumis, masukkan ayam half cook tadi, garam dan sayuran² yang perlu. Masukkan nasi dan kacau. Siap! Macam tak biasa pulak masak nasi goreng kan.

Ikut tekak sendiri, ikut suka lah masak sendiri kan. Dapat pulak minum air teh panas. Nasi goreng pedas campur air panas. Berasap telinga memasing. Tapi kamiorang tarahal lah..hehe

8 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. semua ngap kalau dh laporrr, tolak batu kayu pasir kaca jer, ahhahaha~
    nampakkkk soda[[[, lg2 nona tgk entri nih time hujannnnsss

    ReplyDelete
  2. yummy..dapnyeee..kene plak ngan teh panas tuuu..perghh
    akak pun klu letak ayam suke goreng halfcook dulu..

    ReplyDelete
  3. sedapnya... mcam nk buat je petang kang hehe..

    ReplyDelete
  4. dap nyer bila baca resepi...
    nasi goreng mudah ~ sedap ~ cepat :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال