Cubaan Membuat Tom Yam Pekat

Gigih tau hari ni buat tom yam ikut resepi Tom yam pekat yang Fiza share semalam tu. Memang pekat benar tapi Fiza tambahkan air sikit sebab taknaklah pekat sangat pun. Memang menjadi kepekatan tu. Nak buat pun senang je kan. Buat pun sikit je la sebab nak makan pun sorang je sebab husband tak suka tomyam. Tu yang kekadang baik beli je sebab nak makan pun Fiza sorang. 

Tapi bila ada resepi mudah je trylah jugak. At least mencuba dan improve skill memasak. Cewahhh...

membuat-tom-yam-pekat

 Blend bawang besar + bawang putih + tomato + lada besar. Nak cepat blend, potong dulu supaya senang nak blend.
membuat-tom-yam-pekat

Hiris halus/kasar bawang putih dan bawang merah.
membuat-tom-yam-pekat

Ketuk² serai + Cili Api + Halia. Biji Cili Api tu takyah masukkan ye. Tak elok kalau termakan.
membuat-tom-yam-pekat

Potong kecil isi ayam, sotong, tomato  dan sayur² jika ada. Fiza takde stok sayur untuk tom yam so takde sayur.
membuat-tom-yam-pekat

Dah siap semua bahan di atas. Tumiskan bahan hirisan, masukkan bahan blend kemudian masukkan bahan ketuk²  dan jangan lupa masukkan pes tom yam. Tak kisahlah pes tomyam ape..
membuat-tom-yam-pekat

Bahan tumis dan naik bau tu masukkan bahan potong isi ayam, sotong dan tomato. Tambahkan garam, gula dan air. Air tu terpulang nak banyak mana. Kalau nak pekat letak sikit je. Lepas tu tunggu je isi potong dan kuah tom yam tu masak.

So far rasa tom yam Fiza dah pekat dah cuma bila Fiza gune pes tom yam brand life ni kurang kaw rasanya. So rasa tomyam Fiza kurang sedap sikit. Nampaknya kena usaha mencari pes tom yam yang kaw pulak lepas ni.. Anyone ada info tak apa pes tom yam yang sedap? Boleh share kat kotak komen ye. Terima kasih.

7 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال